Dunia
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Pengarah syarikat daging beku di Johor didakwa guna logo halal palsu pada lori

Dec 30, 2020 | 5:20 PM
Foto AFP
Foto AFP -

JOHOR BARU: Dua pengarah syarikat daging beku didakwa di mahkamah pada Rabu (30 Disember) kerana kesalahan menggunakan logo halal palsu pada kenderaan syarikat.

Rahman Sheikh Abdullah, 44 tahun, dan isterinya, Raihanah Kasim, 42 tahun, tidak mengaku bersalah di atas dakwaan yang dibaca Hakim Mahkamah Sesyen, Mohamad Haidar Abdul Aziz.

Mereka yang mengusahakan syarikat Raihanah Cold Storage itu, didakawa menggunakan logo halal pada lori mereka tanpa keizinan pihak berkuasa yang relevan.

Kesalahan itu didakwa dilakukan di premis syarikat berkenaan di Jalan Perniagaan Setia 6 di Taman Perniagaan Setia sekitar Johor Bahru pada 1 petang, 1 Disember lalu.

Syarikat itu dikatakan telah melakukan kesalahan di bawah Perintah 2011, Perenggan 8(a), Keterangan Dagangan (Pensijilan dan Tanda Halal) dan boleh dihukum di bawah perintah serupa.

Kesalahan itu membawa pada denda tidak melebihi RM200,000 ($65,554) sementara kesalahan berulang membawa pada denda tidak melebihi RM500,000.

Bagi kesalahan kedua, Rahman dan Raihanah, yang merupakan pengarah Raihanah Enterprise, didakwa melakukan kesalahan sama dengan menggunakan lori lain pada sama masa dan lokasi.

Dakwaan ini timbul di tengah-tengah keprihatinan warga Islam di Malaysia mengenai sindiket kartel daging beku di mana daging import yang didakwa daripada sumber tidak halal dikatakan halal.

Kes ini bagaimanapun berasingan daripada skandal daging halal yang dilaporkan media. - The Star/Asia News Network

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg