Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Pengarah Urusan Aeon, Shafie, letak jawatan

Jun 12, 2022 | 05:30 AM



KUALA LUMPUR: Aeon Co (M) Bhd (Aeon) melantik Ono Keiji sebagai Pengarah Urusan (MD) dan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) menggantikan Encik Shafie Shamsuddin yang meletak jawatan berkuat kuasa 30 Jun 2022 selepas berkhidmat selama tiga tahun dengan Aeon.



Syarikat perkhidmatan pengurusan runcit dan hartanah itu berkata, Ono ialah seorang eksekutif dengan pengalaman selama 27 tahun dalam pelbagai tugasan dalam kumpulan Aeon di seluruh dunia.



"Sebelum ini, Ono telah berkhidmat sebagai Presiden dan Wakil Pengarah Aeon Kemboja dan menyertai Aeon Co (M) Bhd daripada jawatannya sebagai Presiden dan Wakil Pengarah Aeon Ryukyu Co Ltd di Jepun," katanya dalam makluman kepada Bursa Malaysia, lapor agensi berita Bernama.



Sementara itu, Aeon berkata ia menerima dan menghormati keputusan Encik Shafie untuk meneruskan cabaran baru selepas berjaya mengemudi syarikat itu melalui waktu mencabar semasa pandemik Covid-19 dan merangka 'Aeon Strategy Playbook' (Buku Panduan Strategi Aeon).



"Shafie telah memainkan peranan penting dalam perjalanan transformasi Aeon. Kepimpinannya yang berwawasan dan berinspirasi telah mencipta Aeon yang lebih berdaya tahan dan tangkas untuk menghadapi cabaran masa depan," kata Pengerusi Aeon, Datuk Iskandar Sarudin.



Sebelum menyertai Aeon, Penerima Anugerah Jauhari Berita Harian pada 2010 itu, merupakan pengarah presiden dan CEO PT Trans Retail Indonesia dari 2013 hingga 2019.



Encik Shafie berpengalaman selama 16 tahun dalam Carrefour Group, dengan menyandang jawatan CEO Carrefour di Singapura, Malaysia dan Indonesia, sebelum dilantik pengarah eksekutif pengurusan bakat global dan pembangunan pertubuhan syarikat itu di Paris, Perancis.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >