Subuh
5:41
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Pengaruh keluarga Rajapaksa terhakis

Apr 08, 2022 | 05:30 AM



KELUARGA Rajapaksa telah selama berdekad-dekad berkuasa di Sri Lanka.



Sehingga baru-baru ini, pengaruh yang dimiliki empat bersaudara Rajapaksa begitu kuat dan merentasi landskap politik di negara dengan 22 juta penduduk itu.



Mereka masih atau pernah memegang jawatan tertinggi termasuk sebagai presiden, perdana menteri, menteri kewangan, menteri pengairan dan menteri sukan.



Namun, dalam beberapa minggu lalu, penguasaan mereka terhakis dengan cepat ekoran kegawatan ekonomi dan keadaan politik tidak mantap yang menjejas negara itu.



Perdana Menteri, Encik Mahinda Rajapaksa, 76 tahun



Dianggap sebagai anggota keluarga Rajapaksa paling berkuasa dan berkarisma, beliau bertanggungjawab mengukuhkan legasi keluarga Rajapaksa dalam politik Sri Lanka semasa pemerintahannya selama sedekad sebagai presiden dari 2005 hingga 2015.



Pada pilihan raya 2015, keluarga Rajapaksa kehilangan kuasa tetapi bangkit semula empat tahun kemudian dengan Encik Gotabaya Rajapaksa menjadi presiden dan Encik Mahinda sebagai perdana menteri.



Encik Mahinda dan Encik Gotabaya, sebagai setiausaha pertahanan, merupakan orang yang menumpaskan kumpulan pemberontak pemisah Tamil Harimau Pembebasan Tamil Eelam (LTTE) pada 2009, menamatkan perang saudara selama 26 tahun di pulau itu.



Presiden, Encik Gotabaya Rajapaksa, 72 tahun



Digelar 'The Terminator' oleh keluarganya sendiri, beliau menyelia kempen kejam untuk menamatkan perang saudara.



Kempen itu mendapat kecaman antarabangsa dengan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) menganggarkan hampir 40,000 orang awam dibunuh tentera, satu tuduhan yang dinafikan pemerintah. Presiden Gotabaya Rajapaksa kini berdepan kemarahan rakyat Sri Lanka kerana mereka menganggap beliau bertanggungjawab ke atas pemotongan cukai yang mengurangkan hasil pemerintah, krisis pertukaran asing, rekod inflasi dan pemotongan bekalan tenaga besar-besaran.



Encik Basil Rajapaksa, 70 tahun



Menjadi menteri kewangan Sri Lanka sehinggalah awal minggu ini dan merupakan paling muda antara empat beradik. Beliau hanya menyertai Kabinet pada 2021.



Penyertaan Encik Basil Rajapaksa ke dalam politik adalah kontroversi, memandangkan beliau mempunyai dua kewarganegaraan iaitu Sri Lanka dan Amerika Syarikat.



Namun, halangan Perlembagaan yang mencegah mereka yang mempunyai dua warganegara daripada menyertai Parlimen telah diketepikan pemerintah.



Encik Chamal Rajapaksa, 79 tahun



Anak sulung keluarga itu, beliau dikatakan dihormati oleh adik-adiknya.



Encik Chamal Rajapaksa memegang portfolio pengairan yang berpengaruh, dan merupakan bekas menteri perkapalan dan penerbangan. - Reuters.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >