Dunia
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Pengasas Amazon lepaskan jawatan CEO

Feb 4, 2021 | 5:30 AM
TUMPUAN BARU: Encik Bezos, yang akan dilantik sebagai Pengerusi Eksekutif Amazon, mahu memberi tumpuan kepada produk dan inisiatif baru, di samping projek lain termasuk penerbitan akhbar 'The Washington Post' dan penerokaan angkasa lepas, 'Blue Origin'. - Foto REUTERS
TUMPUAN BARU: Encik Bezos, yang akan dilantik sebagai Pengerusi Eksekutif Amazon, mahu memberi tumpuan kepada produk dan inisiatif baru, di samping projek lain termasuk penerbitan akhbar 'The Washington Post' dan penerokaan angkasa lepas, 'Blue Origin'. - Foto REUTERS -

SEATTLE: Pengasas Amazon, Jeff Bezos, akan melepaskan jawatan sebagai Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) selepas memegang jawatan tersebut selama 30 tahun.

Beliau akan digantikan dengan Encik Andy Jassy bermula suku ketiga tahun ini.

Encik Jassy ketika ini mengetuai perniagaan pengkomputeran awan Amazon.

Bezos akan dilantik sebagai Pengerusi Eksekutif Amazon.

Menurut Bezos, beliau akan menumpukan kepada produk dan inisiatif baru dan projek lain termasuk penerbitan akhbar The Washington Post dan penerokaan angkasa lepas Blue Origin.

Amazon bermula pada 1995 sebagai platform beli-belah dalam talian dan kini diluaskan kepada pelbagai perniagaan termasuk e-reader, kandungan video dan pengkomputeran awan.

Pada suku keempat, jualan bersih Amazon naik 44 peratus kepada AS$125 bilion ($167 bilion) susulan trend beli-belah dalam talian yang meningkat dalam pandemik Covid- 19. - Reuters.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg