Subuh
5:29
Syuruk
6:47
Zuhur
12:51
Asar
4:08
Maghrib
6:52
Isyak
8:02
Dunia

Pengawal Kebangsaan AS dikerah ke Minnesota bagi bantahan kematian lelaki kulit hitam dalam tahanan polis

May 29, 2020 | 01:56 PM

MINNEAPOLIS: Pihak berkuasa Minneapolis dan St Paul meminta bantuan pasukan Pengawal Kebangsaan Amerika Syarikat (AS) sebagai persiapan menghadapi tunjuk perasaan dan keganasan besar-besaran.

Ia diadakan bagi memprotes kematian seorang lelaki kulit hitam, George Floyd, apabila seorang anggota polis meletakkan lutut pada leher mangsa ketika menahannya.

Tunjuk perasaan yang berlarutan sejak tragedi itu berlaku Isnin lalu turut menyaksikan premis perniagaan dibakar dan dirompak di Minneapolis.

Ketua Polis St Paul, Todd Axtel, berkata pihak berkuasa sudah mengeluarkan arahan tidak akan bertolak ansur dengan sebarang keganasan dan berjanji akan menyiasat punca kematian Floyd secara telus.

Kekejaman dialami Floyd, yang dilihat merayu apabila anggota polis dilihat merebahkan badan mangsa ke jalan tar, dengan lutut salah seorang daripada mereka menekan tengkuknya, dirakam orang awam menggunakan telefon pintar.

Kemarahan orang awam bertambah dengan tersebarnya video menunjukkan Floyd merayu dilepaskan ketika dikasari pegawai polis terbabit dan jasadnya terkulai tanpa nyawa selepas lima minit, apabila polis mengarahkannya menaiki kereta peronda.

Tindakan itu disifatkan sebagai satu lagi kekejaman dan penindasan polis terhadap warga AS berketurunan Afrika.

Keluarga Floyd menuntut ketiga-tiga pegawai polis yang berada di tempat kejadian dipecat dan didakwa atas tuduhan membunuh. - AFP

Video Baru

Podcast Baru

Ciri baru

Alat terjemah Berita Harian