Subuh
5:38
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Pengebom Bali mohon maaf kepada keluarga mangsa

Dec 15, 2022 | 05:30 AM



LAMONGAN (Indonesia): Anggota militan yang disabitkan kesalahan membuat bahan letupan di Bali, mengakibatkan lebih 200 orang terbunuh, 20 tahun lalu, meminta maaf kelmarin, selepas dibebaskan dari penjara.



Pembebasannya mencetuskan kemarahan pemerintah Australia, orang-orang yang terselamat dan anggota keluarga mangsa-mangsa yang terbunuh.



Umar Patek, turut berikrar untuk membuktikan "kesetiaannya" terhadap Indonesia, semasa membuat ulasan pertamanya selepas dibebaskan dari penjara.



Patek adalah anggota kumpulan yang ada kaitan dengan Al-Qaeda, telah meledakkan bom di sebuah bar dan kelab malam di pulau peranginan Indonesia itu pada 2002, membunuh 202 orang termasuk 88 warga Australia, dalam satu serangan militan paling buruk di Asia Tenggara.



Dia dibebaskan dari penjara di Surabaya, Jawa Timur minggu lalu setelah menjalani hukuman separuh daripada tempoh yang dikenakan.



Pembebasannya menimbulkan kemarahan pentadbiran Canberra, saudara-mara mangsa dan mereka yang terselamat.



Salah seorang yang terselamat dalam serangan itu, Encik Peter Hughes, warga Australia, yang memberikan kesaksian dalam perbicaraan pada 2012, menyifatkan pembebasan Patek sebagai "lucu."



Perdana Menteri Australia, Encik Anthony Albanese, pada Ogos lalu menyifatkan Patek sebagai "jijik" selepas Jakarta memendekkan tempuh hukuman itu.



Patek berkata, adalah "menjadi kewajipan saya untuk meminta maaf sepanjang hayat saya."



"Saya mohon maaf...kepada semua mangsa. Saya juga mohon maaf kepada rakyat Australia, yang telah mengalami kesan buruk akibat pengeboman di Bali itu," katanya kepada wartawan di bandar Lamongan, di Jawa Timur.



Patek didapati telah membuat alat letupan yang digunakan dalam serangan di Bali, sebuah pulau Hindu yang popular di kalangan para pelancong asing.



Para pegawai Indonesia berkata, dia dikehendaki menjalani rancangan latihan sehingga 2030 dan pembebasannya itu akan ditarik balik sekiranya dia melanggar peraturan dalam masa tempoh tersebut.



"Saya ingin membuktikan komitmen saya kepada pemerintah, dan setiap terhadap negara. Saya akan membuktikannya dengan perlakuan saya," katanya apabila ditanya tentang pembebasannya.



Dia berkata demikian di pejabat Lingkar Perdamaian, sebuah yayasan yang membantu bekas banduan menyertai semula masyarakat.



Yayasan itu ditubuhkan oleh Encik Ali Fauzi, saudara kepada tiga orang pelaku pengeboman Bali itu.



Pihak berkuasa Indonesia berkata, mereka percaya Patek, yang ditangkap di Pakistan pada 2011, telah memulihkan dirinya semasa dalam penjara setelah menjalani rancangan pemulihan radikal.



Bagaimanapun, Australia meminta supaya Patek terus dipantau.



Patek berkata, dia ingin membantu mengamankan orang-orang yang berfahaman pelampau. - AFP.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >