Dunia
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Pengebom letupkan diri lepas gagal serang balai polis di Solo

Jul 5, 2016 | 11:41 AM
Seorang pengebom bermotosikal cuba merempuh ke dalam ibu pejabat polis Surakarta, juga dikenali sebagai Solo, tetapi dipintas seorang pegawai. Semasa dikejar polis, dia meletupkan dirinya.
Seorang pengebom bermotosikal cuba merempuh ke dalam ibu pejabat polis Surakarta, juga dikenali sebagai Solo, tetapi dipintas seorang pegawai. Semasa dikejar polis, dia meletupkan dirinya. - GAMBAR @HUMASPOLISI / TWITTER

JAKARTA: Seorang pengebom bunuh diri bermotosikal, yang menyasarkan ibu pejabat polis tempatan di bandar Surakarta, meletupkan dirinya selepas dia dihalang pegawai memasuki bangunan itu pada pagi Selasa (5 Julai).

Penyerang itu, yang belum dikenal pasti, cuba merempuh ke dalam balai polis tersebut pada kira-kira 7.35 pagi waktu tempatan, menurut Ketua Polis Jawa Tengah, Ketua Inspektor Condro Kirono.

"Seseorang anggota keselamatan cuba memintas penyerang itu tetapi dia berpatah balik, dan cuba melarikan diri," katanya.

"Semasa dikejar pegawai polis, dia meletupkan bom."

Penyerang itu terbunuh di tempat kejadian. Tiada sebarang kemalangan jiwa lain, tetapi seorang pegawai polis cedera sedikit, kata Encik Condro.

Kejadian itu berlaku sehari selepas polis di Malaysia mengesahkan unsur-unsur kumpulan pengganas Negara Islam di Iraq dan Syria (ISIS) di sebalik letupan bom tangan di kelab malam Movida di Puchong, Selangor minggu lalu, yang mencederakan lapan orang.

Surakarta, yang juga dikenali sebagai Solo, tempat kelahiran Presiden Indonesia, Encik Joko Widodo. Beliau menjadi Datuk Bandar bandar ini selama tujuh tahun dari 2005, sebelum menjadi gabenor Jakarta pada 2012.

Bercakap kepada media semasa lawatan ke bandar Padang di Sumatera Barat, Encik Joko berkata beliau diberi taklimat mengenai kejadian itu dan keadaan di Solo di bawah kawalan.

"Oleh itu bertenanglah tetapi berjaga-jaga, saya telah mengarahkan polis supaya memburu mereka yang bertanggungjawab," katanya, sambil menambah beliau tidak akan melawat Solo. -

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg