Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Pengebom nekad wanita dan seorang pengganas mati dalam serbuan di Paris

Nov 18, 2015 | 05:33 PM



PARIS - Seorang pengebom nekad wanita meletupkan dirinya manakala seorang lagi pengganas mati dalam satu serbuan polis di ibu kota Perancis hari ini, Rabu.


Kejadian tersebut berlaku dalam operasi yang membabitkan beberapa letupan dan insiden tembak menembak menggunakan senjata automatik.


Ia disasarkan terhadap dalang serangan pengganasan di Paris Jumaat lalu.


Pertempuran selama sejam antara pasukan keselamatan dengan sehingga empat suspek itu berlaku sebelum fajar di Saint-Denis, sebuah kawasan pinggir di utara ibu kota.


Para pengganas itu dilaporkan bersembunyi dalam sebuah apartmen dekat stadium Stade de France, yang menjadi sasaran serangan pengebom nekad Jumaat lalu.


Operasi tersebut bertujuan untuk memburu Abdelhamid Abaaoud, seorang anggota kumpulan militan IS.


Dia sebelum ini dilaporkan berada di Syria selepas melarikan diri dari operasi untuk memburunya di negaranya di Belgium awal tahun ini.


Abdelhamid dipercayai dalang yang bertanggungjawab dalam serangan pengganasan di Paris yang membunuh 129 orang. - AFP




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >