Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Pengerusi Mara digantung dek siasatan rasuah, salah guna kuasa

Feb 01, 2017 | 09:56 AM



KUALA LUMPUR: Pengerusi Mara, sebuah agensi utama kerajaan Malaysia yang membantu pelajar dan ahli perniagaan kecil Melayu, digantung dan sedang disiasat oleh suruhanjaya antirasuah Malaysia.



Beliau, Tan Sri Annuar Musa, juga ketua penerangan Umno dan ketua Persatuan Bola Sepak Kelantan.



Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengesahkan pada Selasa (31 Jan) siasatan sedang dijalankan ke dalam "dakwaan penyelewengan dan salah guna kuasa" yang dilakukan oleh ahli politik itu.



Penggantungannya berlaku tiga minggu selepas kerajaan menggantikan pengerusi Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan, atau Felda, satu lagi agensi terkemuka yang membantu orang Melayu.



Ahli politik Mohd Isa Samad digantikan selepas kontroversi yang dikaitkan dengan pembelian hartanah dan pelan untuk membayar sejumlah wang yang besar untuk membeli ladang kelapa sawit Indonesia.



Sedang jangkaan meluas bahawa pilihan raya umum akan diadakan tahun ini, SPRM luar biasa sibuk sejak beberapa bulan lalu, mengheret beberapa pegawai kanan badan kerajaan kerana didakwa rasuah.



Mara singkatan bagi Majlis Amanah Rakyat, sebuah agensi di bawah Kementerian Luar Bandar dan Wilayah yang membantu bumiputera - Melayu dan kaum pribumi lain - membiayai keperluan pendidikan mereka dan memulakan perniagaan kecil.



Tan Sri Annuar turut digantung daripada mengetuai unit pelaburan Mara, PMB.



Dalam satu kenyataan pada Selasa, SPRM berkata ia akan bekerjasama dengan jabatan audit dalaman Mara untuk menyiasat dakwaan terhadapnya.



"Perlu diingatkan bahawa siasatan SPRM memberi tumpuan hanya pada isu rasuah dan salah guna kuasa melibatkan penajaan pasukan bola sepak Kelantan," katanya.



Selepas satu mesyuarat tergempar lembaga pengarah Mara, seorang ahli majlisnya, Datuk Yusof Yacob, berkata: "Ini keputusan sebulat suara, dengan kelulusan daripada menteri."



Beliau merujuk kepada Menteri Luar Bandar dan Pembangunan Wilayah, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.



Tan Sri Annuar berkata dalam satu kenyataan: "Saya tidak tahu mengenai mesyuarat itu dan saya juga tidak dimaklumkan mengenai isu-isu berkaitan penggantungan itu. Saya juga tidak pernah diminta menjelaskan diri saya di depan majlis Mara atau menteri bertanggungjawab."



Isu itu timbul selepas Putera Mahkota Johor baru-baru ini menuduh seorang 'Tan Sri' tertentu memaksa Mara dan entitinya menaja Persatuan Bola Sepak Kelantan.



Dalam pos Facebook pada 12 Jan, Tunku Ismail Sultan Ibrahim menerbitkan gambar-gambar dokumen yang didakwa menunjukkan penajaan RM500,000 ($160,000) oleh Universiti Kuala Lumpur, sebuah universiti milik Mara, dan tambahan RM200,000 oleh PMB.



Walaupun beliau tidak menyatakan sembarang nama, ia jelas merujuk kepada Tan Sri Annuar, yang juga bekas presiden pasukan bola sepak Kelantan. - The Star/Asia News Network




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >