Dunia
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Pengerusi Prasarana Malaysia dipanggil bantu siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia

May 28, 2021 | 9:55 PM
Foto THE STAR
Foto THE STAR -

KUALA LUMPUR: Bekas Pengerusi Bukan Eksekutif Prasarana Malaysia Bhd, Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman dipanggil Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk membantu siasatan pada Khamis (27 Mei).

Sumber SPRM ketika dihubungi Berita Harian Malaysia berkata, Ahli Parlimen Pasir Salak itu dipanggil SPRM berhubung kes membabitkan Prasarana tetapi enggan mengulas lanjut.

Perkhidmatan Tajuddin sebagai Pengerusi Bukan Eksekutif Prasarana Malaysia Bhd ditamatkan serta-merta pada Rabu, selepas Menteri Kewangan (Diperbadankan) mengeluarkan surat penamatan perkhidmatannya.

Surat bertarikh 26 Mei itu ditandatangani Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz.

"Dimaklumkan Menteri Kewangan (Diperbadankan) bersetuju perkhidmatan Datuk Seri (Tajuddin) sebagai Pengerusi Bukan Eksekutif Prasarana Malaysia Bhd ditamatkan berkuat kuasa serta merta," katanya.

Pada Khamis, polis selesai merakam keterangan Tajuddin yang didakwa melanggar prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) kerana tidak memakai pelitup muka dalam satu sidang media, Selasa lalu.

Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Mohamad Zainal Abdullah, berkata selain Tajuddin, pihaknya turut merakam keterangan empat lagi individu bagi membantu melengkapkan kertas siasatan. - BHM

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg