Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Pengerusi Prasarana Malaysia sahkan terima surat tamat khidmat

May 28, 2021 | 05:30 AM



KUALA LUMPUR: Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman, mengesahkan beliau sudah menerima surat memaklumkan penamatan khidmatnya sebagai pengerusi Prasarana Malaysia Bhd (Prasarana).



Bercakap kepada akhbar The Star semalam, Ahli Parlimen Pasir Salak (Perak) itu menyifatkan penyingkirannya dari jawatan tersebut sebagai "bukan masalah mendesak atau sesuatu yang membimbangkan".



"Saya sudah menerima surat itu. Tidak ada apa-apa komen sekarang. Ini bukan masalah yang mendesak atau sesuatu yang perlu dibimbangkan," katanya seperti dilaporkan malam tadi.



Datuk Seri Tajuddin dalam pada itu mengesahkan kepada akhbar Sinar Harian beliau menerima surat berkenaan daripada Menteri Kewangan Tengku Zafrul Abdul Aziz.



Mengulas tentang pemecatan itu, Ketua Armada Negeri, Encik Muhammad Faizul Mohamed Ismail dipetik Sinar Harian sebagai berkata, ia melambangkan kerajaan tidak berkompromi dengan kalangan pemimpin yang tidak menghormati sensitiviti rakyat dan tidak mengamalkan sikap profesional semasa menjalankan tugas.



Menurutnya, Ahli Parlimen Pasir Salak itu antara pemimpin lama dalam Umno dan paling lantang menyuarakan pandangan berkaitan isu rakyat.



"Bagaimanapun tatacara pengendalian soal jawab pada sidang media mengenai kemalangan tren Transit Aliran Ringan (LRT) pada Selasa lepas langsung tidak mencerminkan sikap pemimpin yang diberi amanah mewakili kepentingan rakyat.



"Maka, tindakan kerajaan menamatkan perkhidmatan beliau adalah suatu tindakan tepat dan pantas juga bukti tindakan tegas yang telah diambil kerajaan terhadap pemimpinnya," katanya dalam satu kenyataan kepada media pada Khamis.



Beliau berkata, cara menjawab yang semberono dan tidak prihatin yang dipamerkan pemimpin itu pada sidang media terbabit telah menyebabkan sebahagian besar rakyat Malaysia terkesan.



Malah katanya, sindiran berbaur perkauman yang ditunjukkan kepada seorang wartawan Phoenix TV dari China, telah secara langsung memberikan tanggapan buruk akan tahap profesionalisme wakil kerajaan menangani insiden nahas yang melibatkan nyawa orang awam.



Sementara itu, bekas pengerusi Prasarana itu dikehendaki hadir di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi untuk dirakam keterangan, semalam.



Ini bagi membantu siasatan polis berhubung pelanggaran prosedur operasi standard (SOP) dengan tidak memakai pelitup muka dalam sidang media berkaitan kemalangan tren Transit Aliran Ringan (LRT), kelmarin.



Insiden kemalangan itu menyaksikan 213 mangsa cedera dalam nahas membabitkan dua tren Transit Aliran Ringan (LRT) Kelana Jaya, kelmarin.




"Saya sudah menerima surat itu. Tidak ada apa-apa komen sekarang. Ini bukan masalah yang mendesak atau sesuatu yang perlu dibimbangkan."
- Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman, bekas pengerusi Prasarana Malaysia Bhd (Prasarana) mengesahkan beliau sudah menerima surat memaklumkan penamatan khidmatnya.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >