Dunia
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Pengetua pusat tahfiz Malaysia liwat 9 pelajar

Sep 23, 2018 | 7:53 PM
3c219002-c473-4569-b0b9-99f7b61b6337
-

KUALA LUMPUR: Suspek kes liwat sembilan pelajar di sebuah pusat tahfiz di Kepong, Kuala Lumpur, sudah didakwa di Mahkamah Seksyen Putrajaya dengan 11 tuduhan Rabu lalu (19 September).

Timbalan Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Zainuddin Yaacob, berkata tertuduh didakwa di bawah Seksyen 14 Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017.

"Laporan polis dibuat seorang guru di pusat tahfiz berkenaan yang tampil bersama semua mangsa pada 13 September lalu.

"Sembilan pelajar pusat tahfiz itu berusia 11 hingga 16 tahun memaklumkan kepada guru berkenaan mengenai perbuatan suspek yang berusia 30-an tahun yang juga pengetua pusat tahfiz terbabit, yang mencabul dan meliwat mangsa," katanya menerusi satu kenyataan semalam (22 September). -BHM

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg