Dunia
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Pengganas serang lapangan terbang Karachi, 23 maut

Jun 9, 2014 | 10:36 AM
-

KARACHI (Pakistan): Sekumpulan pengganas telah menyerang salah satu lapangan terbangan terbesar Pakistan semalam dan sehingga Subuh tadi, sekurang-kurangnya 23 orang terkorban dalam satu serangan terburuk militan sejak beberapa tahun lalu.

Belum ada mana-mana pihak mengaku bertanggungjawab terhadap serangan ke atas Lapangan Terbang Antarabangsa Jinnah di Karachi itu - yang didiami 18 juta orang.

Menurut Mejar Jenderal Asim Bajwa, seramai 10 anggota militan terbunuh semasa pertempuran dengan dua letupan menggegarkan Lapangan Terbang Antarabangsa Jinnah itu.

Dalam kenyatannya Mejar Jenderal Bajwa berkata: "Semua penumpang dalam pesawat sudah dipindahkan dan tiga pengganas mati."

Seorang pegawai perisik kanan yang berada di tempat kejadian berkata "salah seorang daripada pengganas memakai jaket berisi bom meletupkan diri apabila tembakan mula dilepaskan ke arahnya", katanya.

Penyerang didapati memasuki lapangan terbang itu di dua sudut berlainan, termasuk di terminal haji dan di bahagian kejuruteraan bersebelahan lapangan terbang lama yang ditutup.

Penyerang dilaporkan dilengkapi mesingan serta pelancar bom.

Pihak berkuasa sekatat ini berkata, beberapa anggota keselamatan terbunuh, sedang beberapa orang awam turut mengalami kecederaan. - AFP.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg