Topik diikuti
Pergi ke BHkuPengganas serang pangkalan tentera Afghan, seorang askar maut

DIPERKETAT: Pasukan keselamatan Afghanistan mengawal ketat kawasan berdekatan akademi tentera Marshal Fahim yang diserang pihak pengganas kelmarin. - Foto REUTERS
Pengganas serang pangkalan tentera Afghan, seorang askar maut
KABUL: Sekurang-kurangnya empat militan menyerang sebuah pangkalan tentera kecil berdekatan salah satu akademi tentera utama Afghanistan semalam menyebabkan sekurang-kurangnya seorang askar terbunuh dan tiga lagi cedera, kata seorang pegawai kementerian pertahanan.
Serangan di pinggir barat ibu kota Kabul itu berlaku dua hari selepas bom ambulans di pusat bandar tersebut membunuh lebih 100 orang dan hanya seminggu selepas serangan di Hotel Intercontinental, yang membunuh lebih 20 orang.
