Topik diikuti
Pergi ke BHkuPenggodam Russia dapat akses rangkaian bekalan elektrik Amerika

Jul 25, 2018 | 5:30 AM
Penggodam Russia dapat akses rangkaian bekalan elektrik Amerika
NEW YORK: Penggodam Russia mendapat akses ke rangkaian perbekalan elektrik Amerika Syarikat tahun lepas, yang boleh mengupayakan mereka menyebabkan bekalan elektrik terputus, demikian menurut pegawai pemerintah persekutuan, lapor The Wall Street Journal (WSJ) kelmarin.
Serangan itu mula dikesan pada 2016, dilakukan sepanjang 2017 dan mungkin sedang berterusan, lapor WSJ, yang memetik pegawai di Jabatan Keselamatan Dalam Negeri (DHS).