Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Penggubah, penyanyi kumpulan Kembara A. Ali meninggal

Nov 22, 2020 | 05:30 AM



KUALA LUMPUR: Penggubah lagu dan penyanyi yang popular daripada kumpulan Kembara, A. Ali atau nama sebenarnya Hamdan Atan, meninggal dunia dalam tidur di kediamannya di Kajang semalam pagi.



Isteri arwah, Cik Latifah Khamis, menyedari suaminya sudah tidak bernafas lagi kira-kira 8.30 pagi, lantas segera memaklumkan anak ketiga mereka, Cik Norhuda.



Cik Norhuda berkata arwah bapanya tidak mempunyai masalah kesihatan kronik dan pemergiannya sangat mengejutkan.



"Namun, ajalnya sudah sampai. Allah lebih menyayanginya. Selepas ayah dibawa ke hospital, doktor beritahu jantungnya sudah berhenti lama sebelum menutup mata," katanya, lapor Berita Harian Malaysia (BHM).



Cik Norhuda berkata ibu dan arwah sempat menunaikan solat subuh, pagi semalam.



"Emak beritahu selepas solat, arwah merenung ke luar jendela kira-kira 7 pagi tadi (semalam).



"Arwah beritahu emak, dia nampak lori mengangkut sampah. Tapi emak hairan kenapa lori sampah datang awal. Emak fikir itu sekadar imaginasi arwah.



"Selepas itu, arwah baring semula di katil. Sangka emak, arwah tidur nyenyak. Rupa-rupanya arwah bapa sudah pergi meninggalkan kami buat selama-lamanya.



Arwah A Ali a dikebumikan di Tanah Perkuburan Sungai Kantan, Kajang, selepas zuhur.



Bersama Cik Latifah, arwah dikurniakan sembilan anak dan lapan cucu.



Allahyarham merupakan anggota asal kumpulan Kembara bersama Datuk M.Nasir dan S. Sahlan (Roslan Tajuddin) di Singapura yang popular pada 1980-an.



Sepanjang kerjaya seninya, arwah yang mampu bermain alat muzik seperti gitar, menaikkan nama penyanyi Zaiton Sameon menerusi lagu Menaruh Harapan yang memenangi Juara Lagu 1987.



Arwah juga mencipta lagu Diriku Terbelenggu nyanyian Francissca Peter dan Rayuanku dendangan Rohana Jalil yang cukup popular pada era 1980-an.



Selain Kembara, Allahyarham juga pernah bergabung dengan John Goh dalam kumpulan Pelangi yang popular dengan lagu Biarku Menjadi Lilin.



Allahyarham juga pernah bersama band Mike Ibrahim & The Night Walkers dan Sweet Charity.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >