Dunia
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Penggubal undang-undang Konservatif usul undi tidak percaya bagi Theresa May berhubung Brexit

Dec 12, 2018 | 9:19 PM
INGIN TERUS BERJUANG: Cik May berjanji untuk terus berjuang sebagai pemimpin tetapi sekiranya beliau gagal mendapat undi percaya, satu pertandingan akan diadakan untuk menggantikannya.
INGIN TERUS BERJUANG: Cik May berjanji untuk terus berjuang sebagai pemimpin tetapi sekiranya beliau gagal mendapat undi percaya, satu pertandingan akan diadakan untuk menggantikannya. - Foto REUTERS

LONDON: Penggubal undang-undang dalam Parti Konservatif Perdana Menteri Britain Theresa May mengusulkan usul undi percaya bagi kepimpinannya hari ini (12 Disember) selepas rancangan negara itu untuk keluar daripada Kesatuan Eropah (EU) menjadi huru-hara.

Bercakap di Downing Street, Cik May berkata beliau ingin terus berjuang habis-habisan menentang tindakan tersebut.

Menekankan bahawa keutamaannya sekarang adalah memastikan Brexit (Britain keluar daripada EU), beliau berkata beliau yakin bahawa masa depan yang lebih cerah kini dalam genggaman negara itu.

Dengan kurang empat bulan sebelum Britain dijangka keluar dari EU pada 29 Mac, ekonomi kelima terbesar dunia itu mencondong ke arah krisis, dengan kemungkinan 'perceraian' daripada EU tanpa sebarang perjanjian dengan cara tidak teratur atau Brexit tidak dapat dilaksana menerusi satu referendum.

Pengerusi jawatankuasa 1922 parti itu, Encik Graham Brady, berkata jumlah 15 peratus Parti Konservatif parlimen yang ingin mendapatkan undi percaya telah dicapai.

Encik Brady berkata jika Cik May gagal mendapat undi percaya dan terdapat persaingan kepimpinan, para Anggota Parlimen Konservatif akan mengurangkan jumlah pesaing untuk memilih dua individu dalam tempoh 10 hari. - REUTERS

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg