Dunia
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Penghakiman minoriti bukan alasan semakan, perbicaraan semula - Majlis Peguam

Apr 4, 2023 | 12:16 PM
Encik Najib Tun Razak
Encik Najib Tun Razak - REUTERS

KUALA LUMPUR: Majlis Peguam menegaskan, penghakiman berbeza dalam permohonan semakan kes SRC International membabitkan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, bukanlah alasan untuk semakan atau perbicaraan semula pada masa hadapan, kata Badan Peguam Malaysia. Presidennya, Cik Karen Cheah, berkata semua pihak perlu faham bahawa penghakiman berbeza dalam sistem perundangan Malaysia, hanyalah perbezaan pendapat dan penghakiman majoriti yang sebenarnya diguna pakai. "Tidak keterlaluan untuk menyatakan bahawa sebarang tafsiran lain akan menjadi songsang dan menyalahgunakan proses mahkamah. "Oleh itu, percubaan berterusan untuk mengeksploitasi penghakiman minoriti untuk membingungkan orang ramai mengenai prinsip-prinsip undang-undang yang kukuh dalam sistem keadilan. "Kita hanya akan menyumbang kepada usaha merosakkan keyakinan yang diletakkan oleh kita semua terhadap kehakiman sebagai institusi yang dihormati," katanya menerusi satu kenyataan. Cik Cheah berkata keputusan majoriti 4 berbanding 1 terhadap bekas perdana menteri itu juga bermakna kes SRC International harus dianggap res judicata, bermakna ia sudah diadili mahkamah yang berwibawa. - BHM.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg