Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Penghargaan bagi pemuda maut sewaktu lindung penganut Kristian

Dec 31, 2019 | 05:30 AM



JAKARTA: Usaha mengumpul dana bagi menghormati seorang pemuda yang meninggal dunia ketika melindungi penganut Kristian pada malam Krismas daripada serangan bom pada 2000 telah meraih 106 juta rupiah ($10,280), melebihi sasaran awal 50 juta rupiah di wadah pendanaan awam Kitabisa.



Allahyarham Ri- yanto meninggal dunia pada 24 Disember 2000 ketika membantu meronda dan menjaga keselamatan Gereja Eben Haezer di Mojokerto, Jawa Timur.



Beliau, yang berusia 25 tahun, adalah anggota sayap belia kumpulan Islam terbesar di Indonesia, Nahdhatul Ulama (NU), yang dikenali sebagai Barisan Ansor Serbaguna (Banser).



Pemuda itu sedang meronda di kawasan gereja dengan empat rakan daripada kumpulan belia pada malam Krismas apabila beliau diberitahu tentang satu bungkusan hitam yang mencurigakan.



Beliau membuka bungkusan itu dan melihat kabel elektrik dan kemudian menggunakan badannya untuk menutup bungkusan tersebut dan memberitahu orang ramai agar berlalu pergi dan berlindung.



Bom itu meletup menyebabkan beliau terbunuh.



Letupan itu juga merosakkan tembok konkrit gereja.



Bagi menghormati pengorbanannya, akaun Twitter Katolik Garis Lucu @KatolikG menubuhkan usaha mengumpul dana.



"Katolik Garis Lucu mahu memberi hadiah kepada keluarga Riyanto dan empat temannya yang sedang bertugas pada masa itu. Di tengah-tengah cabaran yang dihadapi negara kita, Riyanto mengingatkan kita bahawa tanggungjawab kita sebagai manusia tidak diubah oleh sebarang perbezaan. Kepelbagaian adalah kekayaan yang mewarnai kehidupan kita sebagai orang Indonesia," tulis akaun itu di laman web wadah pendanaan awam Kitabisa.



Katolik Garis Lucu Selasa lalu berkata bahawa dana yang dikumpul akan diberi kepada keluarga-keluarga itu kerana tempoh pengumpulan dana telah tutup.



Netizen Indonesia memuji inisiatif itu dan memuji Encik Riyanto atas perkhidmatannya.



Pengguna Twitter @zeyap3dr4 berkata: "Beliau adalah bukti nyata bahawa perbezaan bukan halangan untuk melakukan kebaikan kepada semua orang. Kita semua bersaudara, walaupun kita tidak mempunyai kepercayaan yang sama. Malam ini, kami berdoa untuk kamu, teman."



Seorang pengguna Twitter lain, @sitimiland1, berkata: "Ada di antara kita yang sibuk membahaskan sama ada ucapan Krismas (dibenarkan untuk orang Islam), sementara sebahagian daripada kita sibuk menyiapkan hadiah Krismas untuk ahli Banser kita. Terima kasih banyak. Selamat Hari Krismas." - THE JAKARTA POST/ASIA NEWS NETWORK




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >