Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Penghormatan terakhir bagi mantan PM Jepun, Shinzo Abe

Sep 27, 2022 | 04:26 PM



MANTAN perdana menteri Jepun, Encik Shinzo Abe, seorang tokoh diplomasi namun kontroversi di negaranya sendiri, telah diberi penghormatan terakhir hari ini (27 September) dalam satu upacara persemadian negara yang dihadiri sekitar 4,300 tetamu, termasuk 700 dari luar negara.



Antara pemimpin peringkat tertinggi yang hadir di acara tersebut ialah Perdana Menteri Singapura, Encik Lee Hsien Loong; Perdana Menteri Australia, Encik Anthony Albanese; dan Perdana Menteri India, Encik Narendra Modi.



Acara itu diadakan di arena Nippon Budokan yang pernah menjadi tuan rumah acara Olimpik, tetapi juga tidak jauh dari Kuil Yasukuni yang dilihat sebagai simbol sejarah perangnya.



Di dalam kawasan Budokan di tengah Tokyo itu, satu potret besar Encik Abe yang dibaluti dengan reben hitam digantung di atas jambangan besar bunga hijau, putih dan kuning.



Acara bermula 2 petang (1 petang waktu Singapura), dengan abu Encik Abe, dalam kotak yang ditutup kain hiasan, dibawa masuk ke dalam dewan Budokan oleh balunya, Cik Akie, yang memakai kimono hitam, lapor The Straits Times.



Muzik dimainkan pancaragam tentera dengan tabik hormat 19 laras meriam dibunyikan sebagai penghormatan kepada mantan perdana menteri yang terbunuh itu.



Terdahulu, orang ramai berbaris di luar arena Nippon Budokan untuk menempatkan bunga di tempat meletak kalungan bunga awam yang disediakan di Taman Kudanzaka dari 10 pagi hingga 4 petang.



Keselamatan di seluruh ibu kota adalah ketat untuk mengelak kesilapan yang membawa kepada pembunuhan Encik Abe, dengan puluhan ribu pegawai polis dari seluruh negara berkumpul di Tokyo untuk memberi sokongan.



Idea acara ‘persemadian negara” itu sendiri memecahbelahkan rakyat negara itu, walaupun mereka awalnya bersatu dalam keadaan terkejut dan sedih selepas kematian Encik Abe.



Beliau dibunuh seorang lelaki yang menggunakan senjata api buatan sendiri kerana marah terhadap dakwaan hubungan pemimpin itu dengan Gereja Penyatuan, satu pertubuhan yang berpangkalan di Korea Selatan dengan taktik paksaan yang telah memufliskan dan memecahbelahkan keluarga.

 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >