Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Pengkaji UKM jumpa rangka manusia 14,000 tahun di Kelantan

Jun 14, 2023 | 05:34 PM



GUA MUSANG: Satu rangka manusia telah ditemui dalam kedudukan janin bersama beberapa artifak ketika kerja-kerja penggalian dijalankan di Gua Keledung Kecil di Lembah Nenggiri Kelantan.


Ia menunjukkan bahawa kawasan Nenggiri telah didiami 14,000 tahun dahulu, menjadikan tapak itu lebih tua daripada tempat lelaki Perak ditemui sebelum ini.

Lelaki Perak atau Perak Man - mayat rangka tertua yang ditemui sebelum ini - dipercayai hidup antara 10,000 dengan 11,000 tahun lalu di Lembah Lenggong di daerah Hulu Perak, Perak, pada 1991.

Kerja-kerja penggalian arkeologi Nenggiri oleh sepasukan penyelidik Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) itu diketuai Profesor Madya Dr Zuliskandar Ramli sebagai persiapan projek empangan hidroelektrik Nenggiri di Lembah Nenggeri sejak September lalu.

Kerja-kerja penggalian itu dilakukan untuk menyelamatkan sebahagian Lembah Nenggiri yang kaya dengan khazanah arkeologi, sebelum tenggelam sepenuhnya apabila loji janakuasa hidroelektrik Nenggiri mula beroperasi menjelang pertengahan 2027.

Sebanyak 14 gua terlibat dalam kerja-kerja penggalian.

Projek penggalian itu adalah antara inisiatif yang dijalankan Tenaga Nasional Bhd (TNB) bersama pasukan 30 anggota UKM yang terdiri daripada ahli arkeologi, penolong penyelidik, pelajar, serta masyarakat kampung, kata Dr Zuliskandar, yang juga zamil kanan Institut Alam dan Tamadun Melayu UKM.

“Sejak itu kami telah menemui ribuan artifak dan ekofak (objek asal semula jadi) di sekitar Lembah Nenggiri seperti serpihan tembikar purba, peralatan batu seperti batu tukul, alat batu kisar, alat penumbuk dan peralatan batu yang telah sumbing serta sisa makanan seperti kulit siput dan tulang haiwan,” katanya kepada Bernama.


Dr Zuliskandar berkata penemuan di Gua Keledung Kecil menunjukkan masyarakat telah mendiami gua itu sejak zaman pra-Neolitik kira-kira 14,000 tahun lalu, hingga ke zaman Neolitik dan logam, dan selepas zaman prasejarah.

Berkongsi pandangan mengenai pendedahan penggaliannya di lembah itu, Dr Zuliskandar berkata rangka manusia prasejarah di Gua Keledung Kecil hanya ditemui selepas pasukan itu memutuskan untuk membuka tapak penggalian baharu di Gua Keledung Kecil selepas menyiapkan kerja-kerja penggalian menyelamat di Gua Keledung Besar.

“Sebenarnya, kami hanya tertumpu kepada Gua Keledung Besar memandangkan gua-gua kecil (Gua Keledung Kecil) jarang digunakan untuk tapak perkuburan prasejarah.

“Memandangkan ini adalah sebuah gua kecil, saya tidak sangka dapat menemui rangka manusia. Kami benar-benar teruja kerana akhirnya kami berjaya menemui satu-satunya rangka manusia yang lengkap dan ini adalah artifak prasejarah pertama di kawasan berbukit,” tambahnya.

Penemuan tengkorak manusia di Pos Pulat adalah yang pertama bagi pasukan itu, dan ia mendorong mereka untuk terus bergerak dengan membuka tapak penggalian lain di sebelah tapak di mana tengkorak itu ditemui.

Penemuan tengkorak pada peringkat awal membawa pasukan itu kepada penemuan lain iaitu rangka manusia yang lengkap, yang ditemui dalam kedudukan janin bergulung.

Menariknya, fakta baharu berkaitan amalan pengebumian dan evolusi sosiobudaya kehidupan prasejarah khususnya di Lembah Nenggiri turut ditemui.

Antara lain, alat batu ditemui di sekeliling rangka.

Ia termasuk batu pengisar, alat menumbuk, kapak genggam, alat pemotong yang diperbuat daripada batu tulis, dan kristal kuarza yang sering digunakan dalam upacara pengebumian prasejarah.

Para penyelidik juga mendapati cara rangka itu dikebumikan selaras dengan amalan orang prasejarah terawal.

Lembangan sungai di Lembah Nenggiri pernah didiami oleh masyarakat prasejarah. Selain menyediakan sumber makanan kepada peneroka awal, sungai merupakan pengangkutan utama mereka merentasi lokasi. – Agensi berita.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >