Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

ASEAN

Penglibatan lebih mendalam AS di Asia Tenggara

ZACK COOPER

Feb 19, 2023 | 05:30 AM



PADA Januari 2023, Dewan Perwakilan dan Senat Amerika Syarikat mengadakan upacara mengangkat sumpah anggota baru dan memulakan Kongres Ke-117.



Perubahan besar, adalah, parti Republikan kini mempunyai majoriti kecil dalam Dewan Perwakilan.



Cik Nancy Pelosi, anggota kanan Demokrat, melepaskan jawatannya selaku speaker dan digantikan anggota Republikan, Encik Kevin McCarthy.



Dewan Senat tidak akan berpindah tangan, kerana tiga orang senator bebas, menyertai 48 anggota Demokrat, membolehkan mereka kekal menguasai dewan tersebut.



APAKAH ERTINYA SEMUA INI BAGI ASIA TENGGARA?



Berita baiknya ialah sokongan Amerika untuk penglibatan serantau yang lebih mendalam adalah sangat mendapat sambutan baik.



Hasilnya, sokongan Amerika kepada sekutu dan rakannya di Asia Tenggara akan berterusan.



Demokrat dan Republikan berkemungkinan memberi keutamaan terhadap pakatan Amerika dengan Filipina dan meluaskan lagi hubungan dengan rakan-rakan utama seperti Singapura, Vietnam dan Indonesia.



Memperluaskan akses kepada kemudahan ketenteraan di seluruh Asia Tenggara akan mendapat sokongan yang besar, terutama sejak Penolong Setiausaha Pertahanan Amerika, Encik Ely Ratner menyarankan, 2023 akan menjadi tahun paling besar bagi kehadiran tentera serantau dalam satu generasi.



Tetapi penglibatan Amerika di Asia Tenggara juga boleh menghadapi beberapa halangan, terutama yang berkaitan dengan perbalahan Washington dengan China.



Kedua-dua Republikan dan Demokrat berkemungkinan menjadikan penentangan terhadap China sebagai elemen utama agenda kongres mereka dalam tempoh dua tahun akan datang.



Dewan Perwakilan telah membentuk satu Jawatankuasa Mengenai China yang baru dan menamakan anggota kongres, Encik Mike Gallagher sebagai pengerusinya.



Kumpulan ini dijangka mendengar isu-isu dari asal-usul Covid-19 hingga pelanggaran hak asasi manusia Beijing dan peningkatan ketegangan di Selat Taiwan.



Sementara itu, terdapat desas-desus yang mengatakan anggota dewan perwakilan, Encik McCarthy akan melawat Taiwan pada 2023, berkemungkinan membawa satu delegasi besar terdiri daripada para anggota dewan kongres.



Ini, digabungkan dengan jangkauan diplomatik China yang diperbaharui dan tekanannya menjelang pilihan raya presiden Taiwan pada Januari 2024, boleh menimbulkan ketegangan antara Amerika dan beberapa negara di Asia Tenggara.



Begitu juga dengan keutamaan perundangan Dewan Perwakilan seperti menyekat pelaburan ke China, menyediakan jaminan keselamatan yang lebih khusus kepada Taiwan, dan mengharamkan TikTok di Amerika (yang syarikat induknya ialah ByteDance milik China).



Satu risiko yang ketara ialah, beberapa dasar ini boleh meluaskan jurang antara Washington dengan rakan kongsinya di Asia Tenggara.



Para pemimpin Asean akan terus memilih pendekatan yang kurang menimbulkan kemarahan China, yang boleh diheret ke acara besar seperti apabila Amerika menjadi tuan rumah sidang kemuncak Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik (Apec) 2023 atau sidang puncak kedua Amerika-Asean yang dijangka diadakan lewat tahun 2023 ini.



Kekecewaan dari segi ekonomi juga boleh terdedah jika keprihatinan tentang dasar perlindungan Amerika tidak ditangani atau kemajuan besar tidak dicapai berkaitan Rangka Kerja Ekonomi Indo-Pasifik.



Maka terdapat beberapa potensi risiko yang berkaitan dengan dinamika politik di Washington yang perlu diuruskan.



Tetapi perubahan paling besar dalam 2023 ini mungkin datanya bukan dari Dewan Kongres, tetapi dari cabang eksekutif.



Selepas dua tahun, para pegawai pemerintah Amerika sering bertukar-tukar jawatan baru, terutama mereka yang bekerja berjam-jam lamanya dengan tugas yang mencabar, seperti kakitangan Rumah Putih.



Majlis Keselamatan Kebangsaan Encik Biden, menjadi amat penting berkaitan dasarnya di Asia, maka ada desas-desus yang mengatakan beberapa kakitangan Rumah Putih akan dipindahkan dalam tahun 2023 ini, dan memberi implikasi sebenar bagi dasar serantau Amerika.



Nama yang sangat menarik perhatian dalam hubungan ini adalah Encik Kurt Campbell, kerana beliau telah memainkan peranan utama dalam membentuk dasar Amerika di Asia, bukan saja semasa pentadbiran Encik Biden, tetapi juga semasa pentadbiran Encik Obama.



Encik Campbell mungkin kekal dengan jawatannya buat seketika, tetapi beberapa kakitangan Rumah Putih sudah bersedia untuk ditukar ke jawatan baru.



Terdapat ramai pegawai yang fokus kepada Asia yang berkebolehan dalam pentadbiran, jadi perubahan dari segi kakitangan dapat memberi peluang bagi pihak pentadbiran menyerahkan beberapa tanggungjawab bagi melaksanakan dasar-dasar Asia.



Sebenarnya ini dapat membantu pihak pentadbiran menumpukan perhatian melaksanakan beberapa inisiatif yang ia telah mulakan.



Dalam masa dua tahun pertama, pasukan Encik Biden telah menganjurkan satu inisiatif baru terbesar berkaitan Asia, yang diadakan setiap enam bulan sekali.



Dalam enam bulan pertama, diadakan mesyuarat secara maya dengan para pemimpin pada Mac 2021.



Enam bulan keduanya, pentadbiran Amerika mengumumkan perjanjian kerjasama Australia-United Kingdom-Amerika Syarikat (AUKUS), sidang kemuncak pertamanya diadakan secara bersemuka pada September, 2021.



Pada enam bulan ketiga pula, Rumah Putih mengalu-alukan para pemimpin Asia Tenggara dalam satu sidang puncak khas di Washington, pada Mei 2022.



Sementara dalam enam bulan keempatnya pula, Encik Biden menerima para pemimpin Kepulauan Pasifik pada September 2022.



Tetapi untuk mengekalkan perhatian terhadap setiap satu daripada kumpulan itu, memerlukan banyak sumber yang tidak dapat ditanggung oleh Rumah Putih.



Pasukan Encik Biden di Rumah Putih telah melahirkan banyak idea dan inisiatif baru bagi Asia, tetapi cabarannya sekarang adalah untuk menjadikan semua visi itu suatu kenyataan.



Rumah Putih mempunyai kakitangan terbatas, maka untuk menyerahkan lebih banyak tanggungjawab bagi dilaksanakan, diselaras dan dikuatkuasakan, adalah suatu hal yang cukup kritikal.



Ini juga akan meletakkan pegawai seperti Penolong Setiausaha Negara, Encik Dan Kritenbrink dan Penolong Setiausaha Pertahanan, Encik Ely Ratner, di tempat untuk menjalankan tugas masing-masing.



Ini seharusnya meyakinkan ramai di rantau ini kerana mereka dan beberapa pegawai Amerika lain di luar Rumah Putih mengenali Asia Tenggara dengan baik.



Sering dikatakan, kakitangan yang membuat sesuatu dasar.



Jika ini benar, maka perubahan besar yang harus kita lihat dalam 2023 ini mungkin bukan tentang peralihan kuasa di Dewan Perwakilan, dari Demokrat kepada Republikan, tetapi lebih kepada penyusunan semula portfolio dari dalam cabang eksekutif sendiri.



  • Zack Cooper adalah Zamil Kanan di Institut Perusahaan Amerika, dan seorang ahli fakulti tambahan di Universiti Georgetown dan Universiti Princeton. Rencana ini kali pertama disiarkan di laman Fulcrum, Iseas.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >