Subuh
5:50
Syuruk
7:07
Zuhur
1:12
Asar
4:13
Maghrib
7:15
Isyak
8:23

Penguasa kesihatan Amerika luluskan 'Viagra wanita'

Teka Kata
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Markah anda: Bagus! Markah anda: Hebat! Markah anda: Out Of 3
Dunia
28
0

Penguasa kesihatan Amerika luluskan 'Viagra wanita'

Aug 19, 2015 | 11:30 AM

WASHINGTON: Sebuah ubat kontroversi bagi merawat nafsu seks rendah wanita mendapat kelulusan daripada pengawal selia kesihatan Amerika Syarikat kelmarin, tetapi dengan amaran mengenai potensi mengalami tekanan darah rendah dan pengsan apabila ia diambil bersama alkohol.

Pentadbiran Makanan dan Dadah (FDA) Amerika berkata ubat itu, yang pertama diluluskan bagi masalah nafsu seks wanita dan dijual di bawah jenama Addyi, hanya boleh didapati melalui karyawan jagaan kesihatan dan farmasi diluluskan kerana masalah keselamatannya.

Ia telah dua kali menolak ubat itu, flibanserin, yang dihasilkan oleh syarikat farmaseutikal swasta Sprout Pharmaceuticals.

Keputusan terbaru FDA menyusuli kesimpulan sebuah panel penasihat Jun lalu bahawa ia harus diluluskan dengan langkah-langkah ketat bagi memastikan pesakit menyedari sepenuhnya risiko.

Ubat itu digelar 'Viagra wanita' dalam laporan media, walaupun ia tidak berfungsi seperti pil Viagra yang dikeluarkan syarikat Pfizer Inc pada 1998 dan menjadi ubat pertama diluluskan bagi merawat mati pucuk.

Flibanserin perlu diambil setiap hari. Ia dihasilkan bagi wanita praputus haid yang mengalami kebimbangan kerana keinginan seks rendah. - Reuters

Video Baru

Teka Kata

=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3