Subuh
5:40
Syuruk
6:59
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Pengulas sukan M'sia Hasbullah Awang meninggal dunia

Feb 12, 2015 | 03:44 PM



KUALA LUMPUR: Pengulas sukan terkenal, Datuk Hasbullah Awang, 63 tahun, meninggal dunia ketika dalam rawatan di Institut Jantung Negara (IJN), sekitar 12.20 tengah hari tadi.


Datuk Hasbullah yang dirawat di IJN sejak 4 Februari lalu adalah seorang pengulas sukan terkenal di Malaysia.


Beliau berkhidmat dengan saluran Astro Arena sejak Januari 2014 setelah berhenti berkhidmat sebagai pengulas sukan di Radio Televisyen Malaysia (RTM), lapor Berita Harian Online hari ini, Khamis.


Beliau memulakan tugas sebagai juruhebah radio di Radio 1, dan pernah menjadi pembantu mengendalikan program khas radio untuk kanak-kanak bersama Kak Yong.


Hasbullah lebih dikenali sebagai pengulas untuk pelbagai acara sukan tempatan mahupun luar negara.


Populariti beliau memuncak ketika zaman bola sepak Malaysia memasuki era Semi-Pro pada awal 1990-an.


Beliau juga pernah menyumbangkan suara untuk filem Sumolah arahan Afdlin Shauki.


Kalangan peminat sukan menganggap beliau sebagai antara pengulas terbaik yang pernah dilahirkan negara sebaris nama-nama besar lain seperti Datuk Rahim Razali.


Beliau mempunyai aura tersendiri dengan intonasi suara yang menarik membuatkan penonton menjadi seronok mendengar setiap ulasan beliau.


Jenazah akan dibawa pulang ke rumahnya di Bukit Naga Shah Alam jam 3 petang tadi dan disemadikan selepas Asar atau pagi esok.


Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah mengucapkan takziah kepada keluarga Allahyarham.


Ucapan takziah itu dibuat Tengku Abdullah ketika sidang media selepas Mesyuarat Exco FAM di Wisma FAM.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >