Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

INDONESIA

Peniaga Indonesia jual kimia disyaki sebab kematian guna sirap ubat

Feb 01, 2023 | 05:30 AM



JAKARTA: Seorang peniaga tempatan didapati menjual bahan kimia gred industri sebagai gred farmaseutikal, hingga membawa kepada penggunaannya dalam sirap ubat yang disyaki pihak berkuasa mungkin menyebabkan kematian lebih 200 kanak-kanak di seluruh negara, menurut Polis Indonesia, kelmarin.



Menurutnya, dua bahan, etilena glikol (EG) dan diethyelene glikol (DEG), yang terdapat dalam beberapa ubat parasetamol berasaskan sirap dikaitkan dengan kecederaan buah pinggang teruk, yang banyak dialami oleh kanak-kanak itu.



Kedua-dua bahan itu digunakan dalam pembuatan antibeku, cecair brek dan aplikasi industri lain, tetapi juga sebagai pilihan yang lebih murah kepada gliserin dalam beberapa produk farmaseutikal, yang mana ia bertindak sebagai pelarut atau ejen pemekat dalam banyak sirap ubat batuk.



Ia boleh menjadi toksik dan boleh menyebabkan kecederaan buah pinggang teruk.



Brigadier Jeneral Polis Pipit Rismanto memberitahu pemberita bahawa pihak berkuasa mendapati bahawa CV Samudera Chemical menjual 'gred industri' EG dan DEG sebagai propilena glikol gred farmaseutikal yang dikeluarkan oleh Dow Chemical Thailand dan membekalkannya kepada pengedar pembuat ubat tempatan.



Polis telah menahan dan mendakwa pegawai di Samudera dan pengedarnya, CV Anugrah Perdana Gemilang.



Lebih ramai suspek mungkin dinamakan ketika siasatan diteruskan, kata Encik Pipit.



Agensi berita Reuters tidak dapat segera menghubungi CV Samudera Chemical atau pengedarnya untuk mendapatkan komen.



Presiden pengarah Dow Indonesia, Encik Riswan Sipayung, berkata syarikat itu "beriltizam bekerjasama dengan pemerintah, pengedar dan rakan kongsi industri untuk melakukan tugas kami dalam mengurangkan isu pemalsuan yang berleluasa dan mendesak serta menangani masalah seluruh industri dengan semua pihak berkepentingan".



Minggu lalu, Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) menggesa "tindakan segera dan bersepadu" untuk melindungi kanak-kanak daripada ubat tercemar selepas kira-kira 300 kematian di Gambia, Uzbekistan, dan Indonesia dikaitkan dengan ubat batuk tahun lalu.



Seramai 25 keluarga Indonesia yang sebahagiannya daripada beberapa kanak-kanak yang menjadi mangsa itu menuntut pembayaran balik kerana mahkamah bulan ini mula mendengar tuntutan tindakan kelas mereka terhadap agensi kerajaan dan firma farmaseutikal.



Pengawal selia ubat Indonesia berkata peningkatan dalam kes itu berlaku kerana beberapa pihak "mengeksploitasi jurang dalam sistem jaminan keselamatan" dan syarikat farmaseutikal tidak menyemak secukupnya bahan mentah yang mereka gunakan. - Reuters.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >