Dunia
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Peningkatan dua angka kes Covid-19 di New South Wales, Australia

Jun 25, 2021 | 5:30 AM
cc8025a7-a2e5-4c69-9533-3d139ba8e4c5
-

SYDNEY: Negeri paling ramai penduduk di Australia, New South Wales (NSW), melaporkan peningkatan dua angka bagi kes jangkitan Covid-19 tempatan untuk tiga hari berturut-turut, sedang menteri tempatan diuji positif manakala menteri kesihatan pula menjalani tempoh pengasingan.

Sebanyak 11 kes tempatan baharu dilaporkan semalam, menjadikan jumlah kes jangkitan bagi penularan terkini mencapai lebih 40 kes.

Perangkaan semalam termasuk enam kes yang dikesan selepas tempoh waktu 8 malam, yang akan merangkumi kiraan hari Jumaat.

NSW kini berusaha membendung penularan virus jenis 'Delta' yang mudah menjangkit di Sydney, kota paling besar di Australia dan menjadi kediaman seperlima 25 juta penduduk Australia, dengan pegawai kesihatan menyatakan jangkitan boleh berlaku walaupun seseorang itu hanya mengalami hubungan minimal dengan orang yang telah dijangkiti.

Menteri Pertanian NSW, Encik Adam Marshall dalam satu kenyataan berkata, beliau telah diuji positif Covid-19.

Menteri Kesihatan, Encik Brad Hazzard pula berkata, beliau telah diminta mengasingkan diri selepas didapati berkemungkinan berhubung dengan seseorang yang positif Covid-19, meningkatkan lagi kebimbangan akan penularan virus itu di parlimen negeri.

Sementara itu, penduduk bandar raya itu dilarang rentas negeri selepas pihak berkuasa Australia berusaha memutuskan penularan virus Covid-19 jenis 'Delta' ke wilayah lain.

Lebih daripada 30 orang dijangkiti wabak itu sejak kluster itu dikesan di kawasan Pantai Bondi, dekat sini, minggu lalu.

Ketua Menteri New South Wales, Cik Gladys Berejiklian mengumumkan sekatan baharu akan dilaksanakan minggu hadapan, termasuk larangan perjalanan yang tidak penting keluar dari Sydney dan mengehadkan perjumpaan sosial.

"Lebih lima juta penduduk Sydney akan dikenakan sekatan perjalanan termasuk di tujuh kawasan pihak berkuasa tempatan yang dikesan berlakunya penularan kes Covid-19," katanya.

Pihak berkuasa bagaimanapun tidak menguatkuasakan penutupan restoran dan bar, tetapi nyanyian dan tarian tidak dibenarkan manakala acara besar masih boleh berlangsung dengan kapasiti stadium yang terhad sehingga 50 peratus.

Australia antara antara negara paling berjaya di dunia membendung penularan wabak Covid-19 kerana mencatatkan jumlah kes keseluruhan sebanyak 30,000 kes dan 910 kematian.

Berikutan itu, pihak berkuasa Sydney menggesa penduduk bandar raya itu sentiasa mematuhi peraturan baharu.

Menteri Kesihatan New South Wales, Brad Hazzard berkata, varian Covid-19 Delta lebih bahaya dan mudah menular.

"Saya tahu melalui pengalaman saya ... kini semua orang keletihan dan tidak peduli mengenai tindak balas virus ini. Namun ia adalah versi virus yang lebih berbahaya, jadi sikap tidak peduli itu harus dihapuskan," katanya. - Reuters, AFP.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg