Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

TALEBAN LARANG PELAJAR WANITA KE UNIVERSITI

Pensyarah letak jawatan, pelajar lelaki Afghan tinggalkan kelas bagi bantah larangan

Dec 24, 2022 | 05:30 AM



KABUL: Puluhan pensyarah lelaki universiti di Afghanistan meletak jawatan dan beberapa pelajar lelaki juga meninggalkan kelas sebagai menunjukkan sokongan mereka kepada para pelajar perempuan yang dipaksa berhenti daripada mengikuti pengajian tinggi, berikutan satu perintah daripada penguasa Taleban.



"Saya tidak mahu meneruskan pekerjaan di mana-mana apabila ada diskriminasi yang dibuat terhadap gadis-gadis yang tidak bersalah dan berbakat di negara ini oleh mereka yang memegang kuasa," kata Profesor Obaidullah Wardak dari Universiti Kabul.



Beliau berundur kerana membantah, katanya pada Rabu lalu di laman Twitter, dan menyifatkan larangan terhadap wanita daripada mendapatkan pendidikan sebagai "tidak adil dan tidak bermoral".



Sebilangan wanita dan gadis-gadis turun ke jalan-jalan raya di ibu kota Kabul kelmarin, melaungkan seruan "pendidikan adalah untuk semua".



Media tempatan melaporkan tentera Taleban memukul mereka yang melakukan tunjuk perasaan itu dengan kayu dan belantan.



Lima orang bersama dua wartawan yang membuat liputan kejadian itu pula ditangkap.



Di tempat lain pula, satu siaran sosial media oleh kumpulan Afghan Peace Watch menunjukkan beberapa pelajar lelaki keluar meninggalkan kelas sebagai bantahan.



Sementara terdapat juga rakaman video menunjukkan beberapa gadis sedang menangis dalam sebuah kelas sebaik saja mendengar khabar tentang larangan itu daripada guru mereka.



Perpaduan yang ditunjukkan oleh sebilangan lelaki Afghan itu samalah dengan apa yang berlaku di Iran, di mana tunjuk perasaan berterusan buat beberapa bulan berikutan kematian seorang wanita berusia 22 tahun semasa dalam tahanan polis pada September lalu, selepas beliau ditangkap kerana didakwa melanggar peraturan pakaian Islam oleh polis moral di negara itu.



Bantahan itu, sebahagian besarnya oleh anak-anak gadis dan juga wanita, mendapat sokongan ribuan lelaki.



Menteri Pendidikan Tinggi Taleban, Encik Neda Mohammad Nadeem - salah seorang anggota yang sangat konservatif - mengumumkan pada Selasa lalu mengenai langkah untuk mengharamkan wanita mengikuti pengajian di universiti.



Anggota kumpulan militan itu langsung menguatkuasakan perintah tersebut.



Pada satu peringkat Rabu lalu, seorang pelajar perempuan melaporkan bahawa anggota-anggota Taleban mengacukan senjata ke arah mereka, untuk mengalang mereka daripada memasuki kampus di Kabul.



Keputusan mengharamkan wanita belajar di universiti itu mencetuskan bantahan di Afghanistan dan di serata dunia.



Setiausaha Negara Amerika Syarikat, Encik Antony Blinken, berkata keputusan itu menyulitkan lagi usaha Taleban untuk mendapatkan pengiktirafan dan sokongan ketika negara itu sedang menderita akibat kemiskinan. - Agensi berita.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >