Dunia
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Penulis buku 'Harry Potter' anggap dirinya 'survivor' penderaan, serangan seksual

Jun 11, 2020 | 8:52 AM
PENDEDAHAN PENULIS: Penulis buku terkenal 'Harry Potter', JK Rowling, mendedahkan beliau merupakan mangsa penderaan domestik dan serangan seksual.
PENDEDAHAN PENULIS: Penulis buku terkenal 'Harry Potter', JK Rowling, mendedahkan beliau merupakan mangsa penderaan domestik dan serangan seksual. - - Foto: REUTERS

LONDON: Penulis buku terkenal 'Harry Potter', JK Rowling, mendedahkan beliau adalah 'survivor' dan bukan mangsa penderaan domestik dan serangan seksual.

Pendedahan itu dilakukan sebagai maklum balas terhadap komen kontroversi olehnya sebelum ini berkenaan transgender.

"Saya yakin ada perkataan untuk mereka yang melakukannya. Tolong carikan untuk saya," katanya.

Sementara itu, pelakon Daniel Radcliffe, meminta maaf kepada wanita transgender yang tersinggung dengan kenyataan dikeluarkan oleh Rowling.

"Wanita transgender adalah wanita," tulisnya di laman web The Trevor Project.

Perbalahan akibat komen itu berlaku sejak Disember lalu di mana Rowling menyatakan sokongannya terhadap wanita yang kehilangan pekerjaan kerana apa yang dianggap oleh majikannya sebagai ciapan "transphobic".

Rowling berkata, tuduhan dan ugutan daripada aktivis transgender banyak muncul banyak di Twitternya.

"Ramai wanita yang terkesan dengan dan ingin menceritakan kisah mereka. Saya hanya menceritakan kisah silam saya yang sangat kompleks seperti manusia lain juga yang membentuk ketakutan, keinginan dan pendapat saya," katanya yang mengakhiri sebanyak 3,695 perkataan dalam Twitternya sambil menyatakan bahawa beliau 'survivor' dan bukannya mangsa. - AFP

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg