Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Penumpang 'larikan diri' lepas pendaratan kecemasan pesawat

Nov 07, 2021 | 05:30 AM



MADRID: Dianggap antara lapangan terbang paling sibuk di Sepanyol, Palma de Mallorca, terpaksa ditutup hampir empat jam selepas kira-kira 20 penumpang melarikan diri sebaik pesawat dinaiki membuat pendaratan kecemasan.



Menurut Pertahanan Awam Sepanyol pesawat yang dalam perjalanan dari Maghribi ke Turkey itu, mengubah haluan ke Mallorca selepas didakwa berdepan kes kecemasan perubatan semalam.



Ketika proses memindahkan penumpang yang didakwa mempunyai masalah kesihatan, beberapa penumpang mengambil kesempatan melarikan diri ketika pesawat itu berada di landasan.



Menurut polis, dua individu telah ditahan.



Akhbar El Pais melaporkan, pihak berkuasa masih meneliti sama ada insiden kecemasan perubatan itu sengaja dicetuskan untuk membolehkan pesawat itu mendarat di Sepanyol secara haram.



Menurut laporan media itu, penumpang yang mengadu mengenai masalah kesihatan telah dibawa ke hospital tetapi kemudiannya disahkan sihat dan ditahan untuk membantu siasatan imigresen.



Akhbar itu turut melaporkan seorang lagi penumpang yang menemaninya ke hospital menghilangkan diri, selain melaporkan lima lagi individu ditahan.



Berdasarkan pengesan pesawat FlightRadar24, pesawat yang mengubah haluan itu adalah Air Arabia Maroc Airbus A320 yang sedang dalam perjalanan antara Casablanca dengan Istanbul.



Disebabkan insiden keselamatan itu, 13 pesawat yang dalam perjalanan ke lapangan terbang Palma de Mallorca terpaksa dialihkan ke lapangan terbang lain.



Selain itu, 16 pesawat yang dijadualkan berlepas dari lapangan terbang berkenaan terpaksa ditangguhkan, kata pihak berkuasa lapangan terbang.



Lapangan terbang itu dibuka semula sekitar tengah malam Jumaat selepas ditutup empat jam. - AFP.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >