Subuh
5:38
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Penumpang AS maut akibat cedera dek gelora penerbangan jet peribadi

Mar 07, 2023 | 05:30 AM



NEW ENGLAND: Seorang penumpang sebuah jet perniagaan peribadi yang berlepas dari New Hampshire di Amerika Syarikat pada 3 Januari meninggal dunia akibat kecederaan dek gelora teruk.

Jet Bombardier CL30 yang berlepas dari Keene, New Hampshire, itu melencong ke Lapangan Terbang Antarabangsa Bradley di Connecticut sekitar 4 petang (5 pagi Sabtu waktu Singapura) selepas "menghadapi gelora teruk", Pentadbiran Penerbangan Persekutuan (FAA) memberitahu badan penyiaran CNN.

Jet itu asalnya menuju ke Lapangan Terbang Eksekutif Leesburg di Virginia.

Lembaga Keselamatan Pengangkutan Kebangsaan (NTSB) berkata dalam satu catatan Twitter pada 4 Mac bahawa gelora itu "mengakibatkan kecederaan maut ke atas penumpang".

Dalam satu kenyataan kepada CNN, lembaga itu berkata tiga penumpang dan dua anak kapal berada dalam jet peribadi itu. Tidak jelas sama ada mereka juga cedera.

Jurucakap Pihak Berkuasa Lapangan Terbang Connecticut berkata kejadian itu tidak menjejas operasi lapangan terbang, dan Pejabat Ketua Pemeriksa Perubatan Connecticut akan menjalankan bedah siasat ke atas penumpang yang maut.

Tiada butiran lanjut diberi mengenai penumpang berkenaan.

NTSB, FAA dan FBI akan menyiasat insiden itu, kata kenyataan daripada FAA dan Polis Negeri Connecticut.

"Penyiasat telah mengeluarkan perakam suara kokpit dan perakam data penerbangan dan terus mengumpul maklumat daripada kru penerbangan, pengendali dan penumpang lain," kata jurucakap NTSB. - Agensi berita.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >