Subuh
5:46
Syuruk
7:06
Zuhur
1:12
Asar
4:31
Maghrib
7:16
Isyak
8:27

Penunjuk perasaan halang bantuan untuk Rohingya

Teka Kata
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Markah anda: Bagus! Markah anda: Hebat! Markah anda: Out Of 3
Dunia
28
0

Penunjuk perasaan halang bantuan untuk Rohingya

Sep 24, 2017 | 03:43 PM

MYANMAR: Agensi bantuan yang tiba di Myanmar untuk membantu penduduk Rohingya kini menghadapi sekatan dari penduduk Buddha di Rakhine yang menuduh Persatuan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) dan kumpulan bantuan luar negara hanya membantu penduduk Islam. 

Setakat ini, pemerintah Myanmar hanya memberikan akses kepada organisasi Palang Merah ke kawasan itu. 

PBB menghentikan kegiatannya dan memindahkan kakitangan yang tidak diperlukan selepas pemerintah berkata bahawa PBB menyokong pemberontak Rohingya. 

Selepas meredahi cuaca buruk, tanah yang tidak rata serta birokrasi yang menghalang, Palang Merah juga telah menghadapi sekumpulan penunjuk perasaan yang mempercayai bahawa agensi bantuan asing telah mengabaikan penderitaan penduduk Buddha Rakhine di Myanmar.

Rabu lalu, sekumpulan penunjuk perasaan di Sittwe, ibu kota Rakhine, cuba untuk menghalang bot yang membawa bantuan dari Jawatankuasa Antarabangsa Palang Merah (ICRC) ke utara, di mana serangan dari militan Rohingya pada 25 Ogos telah mendorong jeneral Myanmar untuk memerintahkan serangan memberontak.

Penunjuk perasaan itu bersenjatakan kayu, pisau dan bom petrol dan hanya bersurai selepas polis melepaskan tembakan peluru getah. 

Empat hari sebelum itu, trak Palang Merah Myanmar dihentikan dan diserbu oleh penduduk Rakhine di Sittwe. 

“Dengan ketegangan yang semakin meningkat di Rakhine, kakitangan kemanusiaan dan kontraktor swasta kini menghadapi cabaran yang serius dalam melaksanakan aktiviti untuk menyelamatkan nyawa,” kata jurucakap Pejabat PBB bagi Penyelarasan Hal Ehwal Kemanusiaan di Myanmar. 

Bulan lalu, seramai 420,000 penduduk Rohingya telah melarikan diri ke negara jiran Bangladesh untuk mengelakkan diri dari apa yang disifatkan ketua hak asasi manusia PBB sebagai pembersihan etnik. 

Kumpulan bantuan asing kini sedang menambah bantuan yang disalurkan kepada Bangladesh untuk menangani bencana kemanusiaan yang besar itu.

Video Baru

Teka Kata

=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3