Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:26
Maghrib
7:07
Isyak
8:20
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

BERITA

Penutupan pentadbiran Amerika: Ukraine dalam keadaan tidak menentu

Pemerintah tidak ditutup, Kongres benarkan beroperasi 45 hari lagi
Oct 02, 2023 | 01:55 PM



KYIV: Masa depan bantuan Amerika Syarikat kepada Ukraine kini dalam keadaan tidak menentu di sebalik jaminan Presiden Joe Biden bahawa Kyiv akan mendapat apa yang diperlukan untuk memerangi Russia sedang Amerika mengelak penutupan pentadbiran persekutuan.


Hampir seminggu selepas Presiden Ukraine, Encik Volodymyr Zelensky, berada di Washington untuk mendapatkan lebih banyak dana, kompromi yang berlaku di Kongres menggugurkan pembiayaan baru untuk Ukraine di tengah-tengah tentangan daripada Republikan yang tegar.

Encik Biden dan Parti Demokrat pimpinannya berkata bahawa Amerika mempunyai kewajipan untuk membantu Ukraine menentang pencerobohan kejam Presiden Russia, Encik Vladimir Putin dan kegagalan berbuat demikian boleh mewujudkan autokrat lain pada masa depan.

Tetapi isu itu telah dipolitikkan di Washington sehinggakan nasib bantuan ketenteraan yang penting kini terancam - sama seperti Kyiv cuba membuat kemajuan dalam serangan balasnya yang lembap sebelum musim sejuk tiba.

Presiden Biden menggesa Speaker Dewan Rakyat Republikan, Encik Kevin McCarthy, pada Ahad supaya “menghentikan permainan” dan berkata beliau akan cuba mendapatkan kelulusan rang undang-undang berasingan untuk pembiayaan Ukraine tidak lama lagi.

“Saya ingin memberi jaminan kepada sekutu kami, rakyat Amerika dan rakyat di Ukraine bahawa anda boleh mengharapkan sokongan kami. Kami tidak akan pergi,” kata Encik Biden dalam ucapan dari Rumah Putih.

Amerika berjaya mengelak penutupan kerajaan selepas Kongres dan Senat bersetuju dengan perjanjian pembiayaan jangka pendek.

Rang undang-undang yang memastikan pemerintah dibiayai sehingga pertengahan November, namun tidak termasuk bantuan baharu kepada Ukraine diluluskan di Senat dengan mendapat 88 undian berbanding sembilan membantah.

Encik Joe Biden menandatangani rang undang-undang itu beberapa minit sebelum tengah malam Ahad.

Resolusi 45 hari itu dicadangkan oleh Speaker Dewan Perwakilan AS dari Republikan, Encik Kevin McCarthy.

Encik Biden menggesa supaya Encik McCarthy membenarkan bantuan dana terus diberikan kepada Ukraine dalam menghadapi peperangan dengan Russia tanpa sebarang penangguhan.

Penutupan pentadbiran bakal menyaksikan puluhan ribu penjawat awam tidak menerima gaji dan pelbagai perkhidmatan kerajaan akan terjejas.

Sebahagian besar taman negara dan muzium juga mungkin akan ditutup, serta lapangan terbang di seluruh AS dijangka mengalami gangguan dan kelewatan penerbangan..

Encik Zelensky berkata bahawa pihaknya berkerja secara aktif dengan Amerika untuk memastikan pihaknya mendapat bantuan perang yang diperlukan itu.

Dalam ucapan sempena sambutan Hari Pembela, beliau tidak menyentuh soal undian di Kongres secara langsung, tetapi mengulangi keazamannya untuk berjuang demi kemenangan.

Tiada siapa yang boleh melupuskan kestabilan, ketahanan, kekuatan dan keberanian Ukraine, tambahnya ketika merujuk kepada gangguan bekalan elektrik yang disebabkan oleh serangan Russia.

Beliau menambah bahawa Ukraine hanya akan berhenti menentang dan berjuang pada hari kemenangan.

Perjuangan Ukraine untuk terus hidup telah menjadi ‘bola sepak’ politik hanya lebih setahun menjelang pilihan raya presiden Amerika, dengan persoalan timbul mengenai bantuan yang diluluskan oleh Kongres sebanyak AS$100 bilion setakat ini, termasuk AS$43 bilion dalam persenjataan. – Reuters.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >