Dunia
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Penyampai berita RTM meninggal dunia akibat barah

Apr 20, 2020 | 3:55 PM
MENGHADAP ILLAHI: Allahyarham Farit Ismeth Emir, 65 tahun, menghembuskan nafas yang terakhir di Shah Alam, Selangor, hari ini, akibat barah.
MENGHADAP ILLAHI: Allahyarham Farit Ismeth Emir, 65 tahun, menghembuskan nafas yang terakhir di Shah Alam, Selangor, hari ini, akibat barah. - BHM

KUALA LUMPUR: Pembaca berita terkenal Radio Televisyen Malaysia (RTM), Farit Ismeth Emir meninggal dunia hari ini, lapor Berita Harian Malaysia.

Menurut mStar Online, Allahyarham Farit menghembuskan nafas terakhir di Hospital Assunta, Petaling Jaya, Selangor, pada usia 65 tahun, sekitar 11 pagi tadi akibat barah paru-paru.

"Kira-kira jam 12 tengah hari, dia memaklumkan bapanya sudah meninggal dunia.

"Saya cuba hubungi Fuzz untuk mendapatkan butiran lanjut, namun, gagal. Mungkin dia sibuk menguruskan jenazah," katanya kepada BH Online.

Memetik laporan portal rasmi Berita RTM iaitu berita.rtm.gov.my, Allahyarham banyak menyumbang suara emas sebagai penyampai berita di Jabatan Penyiaran Malaysia, RTM, lebih 30 tahun lalu.

Allahyarham yang berasal dari Teluk Intan, Perak, pernah bekerja dalam bidang perhotelan sebelum menyertai dunia penyiaran pada 1980-an.

Farit yang turut dikenali dengan panggilan mesra Pak Ngah pernah menyumbangkan suara dalam iklan rokok Dunhill di mana frasa 'gaya, mutu dan keunggulan' amat popular dan menjadi sebutan ramai.

Allahyarham yang menjadi antara penyampai Berita Perdana, Global dan Dunia, sering memberi kata-kata hikmat sebagai penutup tugasan. - BHM, mSTAR Online

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg