Dunia
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Penyanyi nasyid, Yasin didakwa tanam pokok ganja, edar dadah

Mar 31, 2022 | 3:30 PM
Penyanyi nasyid yang juga komposer terkenal, Yasin Sulaiman (tiga dari kiri) tiba di Kompleks Mahkamah Petaling Jaya untuk menghadapi pertuduhan berkaitan dadah. - Foto BERNAMA
Penyanyi nasyid yang juga komposer terkenal, Yasin Sulaiman (tiga dari kiri) tiba di Kompleks Mahkamah Petaling Jaya untuk menghadapi pertuduhan berkaitan dadah. - Foto BERNAMA -

PETALING JAYA: Penyanyi dan komposer, Muhammad Yasin Sulaiman didakwa di mahkamah di Petaling Jaya pada Khamis (31 Mac) atas dua pertuduhan menanam 17 pokok disyaki ganja dan mengedar dadah jenis ganja. Bagi pertuduhan pertama, tertuduh didakwa menanam 17 pokok dipercayai ganja dalam pasu plastik berisi tanah. Pertuduhan itu didakwa mengikut Seksyen 6B (1)(A) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 6B (3) akta sama yang membawa hukuman penjara seumur hidup dan sebat tidak kurang daripada enam sebatan, jika sabit kesalahan. Tertuduh yang berusia 47 tahun, bagaimanapun mengaku tidak bersalah atas pertuduhan tersebut. Untuk pertuduhan kedua, Yasin didakwa mengedar dadah jenis ganja dengan anggaran berat 214 gram yang ditemui di kediamannya. Kesalahan itu didakwa mengikut Seksyen 39B (1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan boleh dihukum mengikut Seksyen 39B(2) akta sama yang memperuntukkan hukuman penjara seumur hidup atau gantung sampai mati dan sekiranya tidak dihukum mati hendaklah disebat maksimum 15 sebatan, jika sabit kesalahan. Tiada pengakuan direkodkan daripada tertuduh untuk kesalahan itu. Kesalahan didakwa dilakukan di sebuah kondominium di Kota Damansara pada jam 5.30 petang, 24 Mac lalu. Kedua-dua pertuduhan tersebut didakwa secara berasingan di Mahkamah Majistret dan Mahkamah Sesyen Petaling Jaya. - Agensi berita

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg