Subuh
5:40
Syuruk
6:59
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Penyanyi rap ditahan kritik Junta Myanmar

May 30, 2023 | 05:57 PM



SEORANG penyanyi rap dari Myanmar, Byu Har, didakwa “menyebarkan propaganda” selepas beliau mengkritik junta atas gangguan bekalan elektrik.

Tangkapan itu dianggap sebagai salah satu daripada tindakan keras tentera terhadap mereka yang mempunyai perbezaan pendapat.

Byu Har telah memuat naik video kepada ratusan ribu pengikutnya di wadah Facebook pada Selasa.

Video tersebut mengkritik junta Myanmar atas gangguan bekalan elektrik yang terjadi di Myanmar beberapa minggu ini.

Beliau mengejek ketua junta, Encik Min Aung Hlaing dan berkata bekalan elektrik telah diuruskan dengan lebih baik di bawah pemerintahan Cik Aun San Suu Kyi, bekas pemimpin Myanmar.

Byu Har didakwa “menghasut dengan tujuan mengganggu kedamaian dan kestabilan negara serta menyebarkan propaganda”, ujar pakar maklumat tentera dalam kenyataan pada Ahad.

Pakar maklumat tentera tidak memberi informasi khusus tentang di mana Byu Har ditahan.

Byu Har ialah anak kepada Naing Myanmar, komposer terkenal yang menulis lagu Kabar Ma Kyay Buu.


Lagu itu dinyanyikan semasa tunjuk perasaan yang diadakan bagi menentang rampasan kuasa tentera yang berlaku pada Februari 2021.

Byu Har sering memuat naik video di mana diirinya tanpa berbaju menampakkan dada sambil bermain gitar.

Gangguan bekalan elektrik sering berlaku di Myanmar disebabkan grid elektrik yang telah usang.

Namun, junta Myanmar menyalahkan kos gas yang makin meningkat dan prasarana sebagai alasan.

Gangguan bekalan elektrik bertambah teruk dek kegawatan ekonomi yang berlaku di Myanmar akibat rampasan kuasa tentera Myanmar.

Junta Myanmar telah menangkap beribu-ribu orang dalam usaha mereka menindas sesiapa sahaja yang melawan mereka termasuk artis dan selebriti, menurut sebuah kumpulan pemantau setempat.

Dua model terkenal, Nang Mwe San, 34 tahun, dan Thinzar Wint Kyaw, 35 tahun, didakwa dengan “merosakkan budaya dan maruah” pada 2022.

Perkara itu berlaku setelah mereka memuat naik video intim ke “OnlyFans”, sebuah wadah media sosial khusus digunakan pekerja seks.

Rampasan kuasa di Myanmar melibatkan pertembungan antara pihak tentera dengan kumpulan-kumpulan pemberontak etnik. Ia juga mengakibatkan kelebihan “Pasukan Pertahanan Rakyat”.

Lebih daripada sejuta orang dipaksa berpindah dari Myanmar akibat keganasan yang berlaku di sana, menurut Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (UN). – Agensi berita.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >