Dunia
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Penyanyi Siti Sarah sudah pergi buat selamanya

Aug 10, 2021 | 5:30 AM
SEMPAT BERBUAL SEBELUM PERGI: Allahyarhamah Siti Sarah sempat menerima panggilan video empat hari sebelum meninggal dunia. - Foto IG SHUIB SEPAHTU
SEMPAT BERBUAL SEBELUM PERGI: Allahyarhamah Siti Sarah sempat menerima panggilan video empat hari sebelum meninggal dunia. - Foto IG SHUIB SEPAHTU -

KUALA LUMPUR: Penyanyi popular Malaysia Siti Sarah Raissuddin, 37 tahun, yang bertarung nyawa sejak Rabu lalu akibat jangkitan Covid- 19, meninggal dunia pagi semalam.

Isteri pelawak dan usahawan Shuib Sepahtu atau nama sebenarnya Shahmira Muhamad itu menghembuskan nafas terakhir pada 5.13 pagi di Hospital Canselor Tuanku Muhriz (HCTM) Universiti Kebangsaan Malaysia.

"5.13 minit pagi, 9 Ogos 2021. Bidadari syurga saya pergi buat selamanya.

"Mohon sedekahkan al-Fatihah," kongsi Shuib di akaun Instagramnya semalam.

Suasana pilu menyelubungi di Tanah Perkuburan Islam Kampung Sungai Pusu, Gombak apabila jenazah dikebumikan pada 1.20 tengah hari semalam. dengan kehadiran lebih 100 ahli keluarga, rakan artis, media serta peminat, lapor Harian Metro.

Pengebumian dilakukan dengan mematuhi prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan Kementerian Kesihatan Malaysia.

Allahyarhamah, yang disahkan positif Covid-19 pada 27 Julai bersama Shuib dan tiga anak mereka termasuk pembantu rumah disahkan positif virus tersebut.

Beliau dimasukkan unit jagaan rapai (ICU) hospital berkenaan selepas tahap oksigen menurun pada 4 Ogos lalu.

Siti Sarah kemudiannya ditidurkan sebelum pembedahan dijalankan bagi mengeluarkan bayi dalam kandungan pada 6 Ogos lalu. Allahyarhyamah selamat melahirkan bayi lelaki pada 5 petang. Bayi dan anak keempatnya itu diberi nama Ayash Affan.

Kandungannya kita itu berusia tujuh bulan.

Pasangan itu yang berkahwin pada 26 Februari 2011 sebelum ini mempunyai tiga anak iaitu Uwais Alqarni, 10 tahun; Dzahira Talita Zahra, 8 tahun; dan Ariq Matin, 6 tahun.

Siti Sarah memulakan kerjayanya dalam bidang nyanyian apabila beliau menjadi peserta akhir untuk Bintang RTM 2001.

Beliau juga berjaya menggondol anugerah Artis Baru Terbaik, Album Pop Terbaik dan Album Terbaik di Anugerah Industri Muzik 2003 (AIM 2003). Selain itu, beliau juga berjaya menerima anugerah Artis Baru Wanita Terbaik di Anugerah Planet Muzik 2003 (APM 2003).

Selain menyanyi, Allahyarhamah juga seorang usahawan berjaya, mempunyai label pakaian Muslimah sendiri.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg