SPH Logo mobile
Langgan|

Penyelam Indonesia maut semasa operasi mencari dan menyelamat

Penyelam Indonesia maut semasa operasi mencari dan menyelamat

Nov 3, 2018 | 2:02 PM

Penyelam Indonesia maut semasa operasi mencari dan menyelamat

MAUT SEMASA BERTUGAS: Encik Syachrul Anto meninggal dunia semasa menjalankan operasi mencari dan menyelamat dipercayai akibat kekurangan tekanan udara.
MAUT SEMASA BERTUGAS: Encik Syachrul Anto meninggal dunia semasa menjalankan operasi mencari dan menyelamat dipercayai akibat kekurangan tekanan udara. - Foto FACEBOOK/SYACHRUL ANTO

JAKARTA: Seorang penyelam Indonesia meninggal dunia semalam (2 November) semasa operasi mencari dan menyelamat menyusuli kejadian pesawat Lion Air penerbangan JT610 yang terhempas baru-baru ini.

Encik Syachrul Anto, 48 tahun, dipercayai meninggal dunia disebabkan masalah tekanan udara yang berkurangan.

Komander pasukan petugas operasi mencari dan menyelamat itu, Kolonel Isswarto, memberitahu media tempatan hari ini bahawa usaha mencari dan menyelamat dihentikan pada 4 petang semalam kerana hari semakin gelap.

Namun sehingga 4.30 petang, Encik Syachrul tetap tidak timbul.

Menurut laman web TribunJakarta.com, beliau dibawa ke Hospital Daerah Koja dalam keadaan tidak sedar dan tanpa denyutan nadi pada 10.10 malam.

Sementara itu, usaha mencari dan menyelamat diteruskan, dengan penyelam cuba mencari bahagian pesawat, mayat mangsa dan kotak hitam kedua pesawat tersebut.

Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Berita Harian di Mudah Alih

  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg