Dunia
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Penyelam masuk gua Thai untuk teruskan usaha menyelamat lagi 9 orang

Jul 9, 2018 | 4:30 PM
OPERASI MENYELAMAT: Pegawai tentera dan polis di khemah kuarantin di kawasan gua Tham Luang pada 8 Julai 2018 selepas penyelam berjaya menyelamatkan beberapa kanak-kanak lelaki daripada gua tersebut.
OPERASI MENYELAMAT: Pegawai tentera dan polis di khemah kuarantin di kawasan gua Tham Luang pada 8 Julai 2018 selepas penyelam berjaya menyelamatkan beberapa kanak-kanak lelaki daripada gua tersebut. - FOTO AFP

CHIANG RAI: Sekumpulan 18 penyelam tempatan dan antarabangsa telah memasuki gua yang dipenuhi air di bahagian utara Thailand bagi meneruskan operasi menyelamatkan lagi sembilan orang yang terperangkap di dalam gua tersebut.

Ini menyusuli usaha sekumpulan penyelam yang berjaya membawa empat orang keluar dari gua Tham Luang itu semalam (8 Julai).

Seorang pegawai Tentera Laut Thailand memberitahu CNN bahawa penyelam yang sama telah masuk semula ke dalam gua itu hari ini.

"Operasi telah bermula dan sedang berlangsung," ujarnya.

Seramai 12 budak lelaki yang berusia antara 11 dengan 16 tahun terperangkap bersama jurulatih bola sepak mereka yang berusia 25 tahun selepas mereka memasuki gua Tham Luang itu pada 23 Jun lalu.

Selepas empat daripada mereka berjaya diselamatkan semalam, pasukan penyelamat menggantung operasi bagi membolehkan penyelam berehat serta menggantikan tangki oksigen dan bekalan lain.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg