Subuh
5:40
Syuruk
6:59
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Penyelam sertai usaha cari mangsa feri karam di Danau Toba

Angka mangsa yang hilang kini meningkat kepada sekurang-kurangnya 192 penumpang
Jun 22, 2018 | 05:30 AM



SIMALUNGUN (Indonesia): Penyelam dan dron dalam air kelmarin menyertai sekumpulan kapal penyelamat mencari sekurang-kurangnya 192 penumpang yang hilang dua hari selepas sebuah feri kayu yang penuh sesak tenggelam Danau Toba di Sumatera.



Jumlah orang yang dianggarkan hilang itu hampir tiga kali ganda daripada jumlah yang diberi oleh pihak berkuasa sebelum ini.



Semalam, pihak berkuasa mengumumkan kapten feri yang dikenal pasti sebagai Tua Sagala telah ditahan untuk disoal siasat.



Angka korban yang disahkan pula telah diubah kepada tiga orang berbanding empat orang sebelum ini.



Namun, angka korban itu tentunya lebih tinggi memandangkan ramai lagi penumpang yang masih hilang.



Agensi mencari dan menyelamat menyatakan masih belum jelas berapa banyak orang yang menaiki kapal itu apabila ia terbalik.



Kapal kayu tradisional yang tenggelam Isnin lalu itu disyaki sedang beroperasi secara haram tanpa tiket atau senarai penumpang.



Keadaan itu mencetuskan kekeliruan tentang bilangan penumpang di atas bot yang penuh sesak itu.



Agensi bencana Indonesia pada awalnya mengatakan sekitar 80 orang serta puluhan motosikal berada di atas kapal itu ketika ia terbalik dan tenggelam.



Ia mempunyai kapasiti 43 penumpang, menurut Kementerian Pengangkutan.



Pihak berkuasa bergantung pada keluarga yang melaporkan bahawa saudara-mara mereka yang hilang mungkin berada di atas kapal itu bagi menganggarkan jumlah mangsa yang hilang.



"Ramai orang naik kapal itu tanpa tiket hingga tidak jelas berapa ramai yang berada di atas kapal tersebut," kata Encik Muhammad Syaugi, ketua agensi mencari dan menyelamat.



Pada satu sidang media kemudiannya, beliau berkata:



"Ada ramai orang yang melaporkan saudara-saudara mereka hilang, tetapi sama ada mereka berada di atas kapal itu atau tidak, kami tidak tahu."



Salah seorang daripada ratusan saudara-mara yang sedih menunggu berita terbaru, Cik Nurhayati, berkata:



"Kami akan berada di sini hingga mereka dapat menemui mayat saudara saya. Kami hanya mahu melihat mayatnya dan membawanya."



Sambil menangis, Cik Suwarni merayu mengenai berita tentang anaknya dan tunangnya.



Kedua-duanya dipercayai berada di atas kapal itu.



"Kenapa pasukan penyelamat begitu lembab?" kata wanita berusia 55 tahun itu.



"Saya sangat kecewa - tidak ada kemajuan di sini."



Selain penyelam dan kenderaan bawah air, kira-kira 400 anggota dikerahkan mencari di sekitar tasik besar itu dalam operasi yang dijangka berjalan sekurang-kurangnya seminggu.



Danau Toba, yang popular dengan pelancong antarabangsa dan domestik, memenuhi kawah gunung berapi besar yang meletus puluhan ribu tahun lalu. Ia antara tasik paling dalam di dunia dan seluas kira-kira 1,145 kilometer persegi.



"Kami mencari hingga ke paras 400 meter dalam tetapi belum menemui apa-apa kerana kawasan ini sangat luas," kata Encik Syaugi.



Menurut mangsa yang selamat, kapal itu mula bergoyang apabila ia cuba mengharungi angin kencang dan ombak tinggi kira-kira 20 meter selepas bergerak bagi pelayaran 40 minit dari sebuah pulau di tengah-tengah tasik itu ke pantai. - AFP, Reuters.




"Kami akan berada di sini hingga mereka dapat menemui mayat saudara saya. Kami hanya mahu melihat mayatnya dan membawanya."
- Cik Nurhayati, salah seorang daripada ratusan saudara-mara yang sedih menunggu berita terbaru.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >