Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Penyelamat AS cari serpihan belon intip China

Feb 06, 2023 | 03:59 PM



WASHINGTON: Para penyelam Amerika Syarikat sedang menjalankan gerakan mencari serpihan ‘belon pengintip’ China yang ditembak jatuh oleh jet pejuang Amerika, sekitar 10 kilometer dari pesisiran pantai South Carolina, kata para pegawai pada Isnin (6 Feb)


Usaha mencari itu, yang dijangka memakan masa beberapa hari, bermula tidak lama selepas serpihan belon tersebut jatuh ke permukaan air, kata seorang pegawai pertahanan.


Beliau menambah sebuah kapal angkatan laut tiba di tempat kejadian, sebaik saja belon itu ditembak jatuh, dan lain-lain kapal angkatan laut serta Pengawal Pesisiran, turut bersiap siaga, dikerahkan ke tempat kejadian.


Penembakan jatuh belon pengintip itu, merupakan kemuncak drama antarabangsa selama seminggu, yang berligar-ligar di ruang angkasa Amerika.


Sementara China tegas mengatakan, belon itu bukan untuk pengintipan, tetapi lebih untuk memantau cuaca dan telah tersasar ke luar arah.


Namun, pentadbiran Presiden Joe Biden berkeras mengatakan bahawa belon tersebut adalah suatu percubaan China untuk mengintip kawasan kemudahan ketenteraan Amerika. 


Pada Sabtu lalu, Presiden Biden berkata beliau telah memberitahu Pentagon supaya menembak jatuh belon tersebut.


Bagaimanapun, “mereka memberitahu saya, kita tunggu hingga (belon itu) sampai ke tempat yang selamat untuk melakukannya”.


Para pegawai Pentagon berkata mereka telah mengambil langkah – tanpa menyebutkan butir lanjut – bagi memastikan belon itu tidak mendapat banyak hasil semasa berligar di ruang angkasa berhampiran Pangkalan Angkatan Udara Malmstrom, di Montana, dan lain-lain kemudahan ketenteraan.



Mereka juga mengatakan China boleh mengintai bagi mendapatkan maklumat risik melalui satelit pengintip.



Namun, insiden itu berubah menjadi satu perbalahan diplomatik antara kedua-dua negara kuasa besar dunia itu, dengan para pegawai pentadbiran Encik Biden menghubungi rakan sejawatannya di China dan Setiausaha Negara Amerika, Encik Antony Blinken, pula membatalkan jadual lawatan ke China yang pertama bagi seorang anggota Kabinet pentadbiran Encik Biden.



Para pegawai Pentagon menjelaskan bahawa mereka akan memungut semua serpihan yang akan ditemui oleh angkatan laut bagi tujuan risikan.



Oleh kerana belon itu ditembak jatuh di perairan yang cetek, mereka percaya usaha-usaha mencari tidak menjadi masalah.



Namun, para penyelam angkatan laut terpaksa bekerja dalam keadaan cuaca sejuk.



Para pegawai pertahanan berkata, sebaik saja semua serpihan ditemui, Pentagon akan menyerahkannya untuk dikaji siasat oleh beberapa agensi penguatkuasa undang-undang dan risik federal.



Para anggota Dewan Perwakilan dari parti Demokrat dan Republikan mempersoalkan bagaimana belon itu boleh sampai ke ruang angkasa Amerika.



Anggota Republikan menyalahkan Encik Biden kerana tidak bertindak segera.



“Kita harus menembak jatuh belon itu lebih awal semasa berada di ruang angkasa Aleutians, daripada membiarkannya berligar di merata bahagian tengah Amerika,” kata Senator Senator Tom Cotton, kepada stesen berita Fox, pada Ahad.



“Membiarkan belon itu berligar di ruang angkasa Amerika, hingga belon pengintip itu selesai menjalankan misinya, baru mahu ditembak jatuh, adalah sesuatu yang memalukan Amerika bukan memalukan China,” katanya.



Anggota Republikan juga mengkritik Encik Biden kerana tidak memaklumkan insiden itu kepada umum lebih awal.



“Saya fikir, banyak yang harus dijelaskan oleh pentadbiran Encik Biden kepada umum,” kata anggota itu lagi. – Agensi berita




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >