SPH Logo mobile
Langgan|

Penyelamat kejar waktu untuk pindahkan pendaki dari Gunung Rinjani

Penyelamat kejar waktu untuk pindahkan pendaki dari Gunung Rinjani

Jul 30, 2018 | 5:59 PM

Penyelamat kejar waktu untuk pindahkan pendaki dari Gunung Rinjani

GEMPA DI LOMBOK: Askar daripada sebuah pasukan khas tentera Indonesia meninggalkan pangkalan udara di Jakarta Timur menuju ke Lombok bagi menyokong usaha menyelamatkan pendaki yang masih terperangkap di Gunung Rinjani.
GEMPA DI LOMBOK: Askar daripada sebuah pasukan khas tentera Indonesia meninggalkan pangkalan udara di Jakarta Timur menuju ke Lombok bagi menyokong usaha menyelamatkan pendaki yang masih terperangkap di Gunung Rinjani. - Foto PUSPEN TNI

JAKARTA: Pasukan penyelamat sedang mengejar masa untuk memindahkan lebih 560 orang dari kawasan Gunung Rinjani di Lombok, Indonesia, selepas gempa bumi sekuat 6.4 pada skala Richter melanda pulau di Nusa Tenggara Barat itu semalam (29 Julai).

Sekurang-kurangnya 16 orang, termasuk seorang wanita Malaysia berusia 30 tahun, terkorban akibat gempa bumi itu sejauh ini, menurut pegawai agensi bencana yang ditukil agensi berita Antara hari ini.

Sekitar 820 pendaki, termasuk 617 warga asing, difahamkan berada di Gunung Rinjani semasa gempa bumi itu melanda Lombok pada 6.47 pagi (waktu Lombok sama dengan waktu Singapura), menurut akhbar The Straits Times.

Tentera Indonesia berkata mereka telah mengerahkan 142 askar bagi menyokong usaha menyelamat, dengan askar daripada sebuah pasukan khas ditugaskan membawa keluar mereka yang terperangkap di Gunung Rinjani.

Sekitar 246 orang telah berjaya dipindahkan sejauh ini, dengan usaha membawa mereka ke tempat yang lebih selamat masih dijalankan.

Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Berita Harian di Mudah Alih

  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg