Dunia
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Penyerang kejam dalam tren Tokyo hanya ingin bunuh 'wanita bahagia'

Aug 7, 2021 | 11:15 AM
SEGERA MEMBANTU: Pekerja penyelamat dipercayai mengangkat penumpang yang cedera di Stesen Soshigaya-Okura di Tokyo pada Jumaat (6 Ogos). - Foto REUTERS
SEGERA MEMBANTU: Pekerja penyelamat dipercayai mengangkat penumpang yang cedera di Stesen Soshigaya-Okura di Tokyo pada Jumaat (6 Ogos). - Foto REUTERS -

TOKYO: Seorang lelaki yang dikatakan telah mencederakan 10 orang melalui serangan pisau di dalam kereta api awam Tokyo pada Jumaat (6 Ogos) memberitahu polis dia rasa marah setiap kali terlihat wanita yang kelihatan bahagia dan mahu membunuh mereka, lapor media Jepun pada Sabtu.

Polis telah memberkas lelaki 36 tahun itu di kawasan lain sekitar Tokyo selepas dia menikam orang dalam serangan sekitar 8.40 malam (7.40 malam waktu Singapura) pada Jumaat dalam kereta api Laluan Odakyu di bahagian barat kota itu.

Seorang mangsa, mahasiswi universiti, cedera teruk, manakala wanita lain cedera ringan.

"Saya terasa macam nak bunuh sahaja wanita yang kelihatan gembira sekitar enam tahun lalu. Siapa-siapa sahaja boleh. Saya cuma nak bunuh seberapa banyak orang," kata lelaki berkenaan.

Jurucakap polis tidak mempunyai sebarang maklumat lain mengenai kes ini.

Jenayah ganas bukan satu kebiasaan di Jepun tetapi terdapat serangan pisau oleh penyerang yang tidak dikenali mangsa.

Pada Jun 2008, seorang lelaki dalam trak merempuh pejalan kaki di kawasan terkenal Akihabara sebelum meloncat keluar dari kenderaan tersebut dan menikam mereka dengan tujuh orang dilaporkan mati akibat kejadian ngeri itu. - Reuters

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg