Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Penyiasat Perancis mula soal saksi cari punca kebakaran

Apr 18, 2019 | 05:30 AM



PARIS: Penyiasat Perancis sudah mula menyoal saksi bagi sebarang petunjuk mengenai punca kebakaran yang melanda Katedral Notre-Dame di Paris kelmarin (waktu Singapura).



Seramai 50 orang sedang menjalankan apa yang akan menjadi siasatan panjang dan rumit, kata para pegawai.



Pendakwa raya Paris, Encik Remy Heitz, berkata tidak ada tanda nyata bahawa kebakaran itu perbuatan khianat.



Api dengan cepat telah merebak ke sokongan bumbung oak Notre-Dame, tempat pekerja sedang melakukan ubah elok ke atas sokongan bingkai kayu menara gereja besar itu.



Pejabat pendakwa Paris telah menyoal sekitar 30 saksi, termasuk pekerja daripada syarikat-syarikat yang sedang terlibat dalam pemulihan katedral itu tidak lama sebelum kebakaran bermula, dan kakitangan Notre-Dame bertanggungjawab bagi keselamatan.



Lima syarikat sedang melakukan ubah elok di tapak tersebut.



Sambil meletak nyawa mereka dalam risiko ketika bekerja semalaman, anggota bomba membentuk rantaian manusia untuk menyelamatkan khazanah tidak ternilai di katedral tersebut.



Kira-kira 400 anggota bomba menangani kebakaran besar pada katedral Gothik abad ke-12 itu, tanpa menghiraukan bahaya yang mereka hadapi, dan usaha mereka berhasil menyelamatkan struktur utama Notre-Dame.



Mereka juga dapat mengeluarkan banyak khazanah peninggalan dengan masuk ke dalam katedral itu walaupun semasa api merebak, termasuk 'Mahkota Suci Duri' dan gaun tunik suci yang dipakai raja Perancis Louis IX pada abad ke-13.



Api merebak dengan cepat melalui bumbung katedral itu dan menaranya, yang tumbang, sebelum dengan cepat membaham seluruh bumbung.



Anggota bomba dapat menyelamatkan menara loceng utama dan tembok luar daripada runtuh.



Presiden Perancis, Encik Emmanuel Macron, semalam berikrar akan membina semula Notre-Dame, ikon dunia berusia 850 tahun, "dalam masa lima tahun".



Di sebalik kejadian itu, Encik Macron, yang menghadapi hampir satu pemberontakan terhadap pemerintah properniagaannya, menggesa rakyat Perancis supaya bersatu dan meninggalkan perpecahan yang telah meresahkan negara itu selama berbulan-bulan dengan bantahan jalanan ganas.



"Kita akan membina semula katedral itu dengan lebih cantik dan saya mahu ia selesai dalam tempoh lima tahun," kata beliau dalam ucapan televisyen ke seluruh negara. "Dan kita boleh melakukannya."



Tetapi beliau juga memberi amaran: "Janganlah kita terjatuh dalam perangkap hendak tergesa-gesa."



Sedang bandar raya Paris dan Perancis dalam kesedihan dek kejadian yang melanda lambang kebangsaan kuat itu, jutawan, syarikat dan pihak berkuasa tempatan dengan cepat menawarkan derma.



Sekitar 24 jam selepas api bermula, lebih 750 juta euro ($1.14 bilion) telah diikrarkan bagi pemulihan katedral tersebut, termasuk 500 juta euro daripada keluarga jutawan yang memiliki empayar barangan mewah gergasi Perancis: Kering, LVMH dan L'Oreal.



Mayor Paris, Cik Anne Hidalgo, mengumumkan rancangannya mengadakan persidangan penderma untuk pembinaan semula katedral itu.



Presiden Majlis Eropah, Encik Donald Tusk, menyeru 28 negara anggota Kesatuan Eropah membantu membina semula katedral tersebut, sambil mengimbas kembali kota asalnya Gdansk di Poland, yang dibina semula selepas Perang Dunia II berikutan kemusnahan meluas.



"Saya tahu Perancis boleh melakukannya sendiri, tetapi yang menjadi taruhan di sini ialah sesuatu yang melebihi bantuan kebendaan," kata Encik Tusk sambil menambah:



"Kita terikat oleh sesuatu yang lebih penting dan lebih mendalam daripada perjanjian." - Reuters, AFP.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >