Topik diikuti
Pergi ke BHkuPenyokong ISIS Britain dipenjara 25 tahun
Mar 29, 2018 | 5:30 AM
Penyokong ISIS Britain dipenjara 25 tahun
LONDON: Seorang penyokong kumpulan pengganasan ISIS Britain yang cuba merekrut lebih 100 kanak-kanak menjadi "tentera" militan untuk melakukan serangan di London dipenjara 25 tahun, kelmarin.
Umar Haque, 25 tahun, menunjukkan kepada kanak-kanak video memenggal dan propaganda militan lain, memaksa mereka melakonkan serangan maut yang dilakukan di London dan melakonkan peranan menyerang pegawai polis.