Subuh
5:34
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:27
Maghrib
7:08
Isyak
8:21
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Peranan Jordan imbangi cabaran geopolitik Timur Tengah

Apr 24, 2024 | 09:19 AM



AMMAN: Ketika ruang angkasa Amman dan bandar-bandar Jordan lain diterangi cahaya daripada tembakan Jordan bagi menangkis dron dan peluru berpandu Iran yang menuju ke Israel baru-baru ini, para pegawai di negara itu berdiam diri selama beberapa jam.


Serangan Teheran yang tidak pernah berlaku ke atas Israel sebelum ini, sebagai tindak balas terhadap serangan Israel yang disyaki pada 1 April ke atas bangunan diplomatiknya di Damsyik, telah meletakkan pemerintah Jordan dalam kedudukan yang tidak selesa dan berbahaya.

Kedudukan Jordan memang rumit. Negara kecil itu terletak di antara Israel dengan Tebing Barat di satu pihak, dan Iraq, yang merupakan jiran Iran, di sisi lain, di mana militia pro-Iran memerintah.

Di utaranya pula, terletak Syria, sebuah negara yang bermasalah yang juga berada di bawah naungan Iran.

Serangan Iran pada 14 April adalah kali pertama dalam lebih tiga dekad peluru berpandu yang diarahkan ke Israel memasuki ruang udara Jordan, apabila Saddam Hussein melancarkan peluru berpandu Scud ke arah negara Yahudi itu pada 1991 semasa Perang Teluk.


Tetapi banyak yang telah berubah sejak itu.

Jordan menjadi negara Arab kedua yang menandatangani perjanjian damai dengan Israel pada 1994.

Di mata sekutu Israel, ia sangat penting demi keselamatan serantau.

Ia mempunyai kerjasama perisikan dan keselamatan yang rapat dengan Israel, menjadi tuan rumah kepada tentera Amerika dan bergantung kepada bantuan ketenteraan Amerika.

Perjanjian damai Jordan-Israel tidak popular di negara itu sendiri, tetapi ia telah menghadapi tekanan yang meningkat sejak kebelakangan ini.

Emosi memuncak di Jordan berhubung perang di Gaza yang menyaksikan lebih 34,000 rakyat Palestin terbunuh ketika Israel menyerang wilayah itu.

Lebih separuh penduduk Jordan adalah sama ada orang Palestin atau berketurunan Palestin.

Selama berbulan-bulan pemimpin Jordan cuba mengimbangi kemarahan orang ramai yang memuncak dengan pakatan rapatnya dengan Amerika dan hubungan dengan Israel.

Pada awal pagi Ahad, 14 April, warga Jordan menggunakan media sosial untuk menyiarkan video pemintasan dan serpihan peluru yang mendarat di beberapa bahagian negara itu.

“Ia menakutkan… anda boleh mendengar letupan bergema (di seluruh kawasan),” kata seorang penduduk Amman.

Satu-satunya pengumuman rasmi berkaitan dengan peristiwa malam itu dibuat beberapa jam sebelum serangan.

Agemsi penerbangan awam negara itu mengumumkan penutupan ruang udara Jordan kepada lalu lintas udara.

Pemintasan dron

Pada malam itu juga media sosial dibanjiri dengan siaran yang mengkritik Jordan dan pemimpinnya kerana memintas dron dan peluru berpandu Iran.

Jordan disifatkan sebagai melindungi Israel tatkala rakyat Palestin dibom oleh Israel di Gaza.

Raja Abdullah dipersendakan, dengan imej beliau mengenakan pakaian seragam tentera Israel disebarkan ke luar Jordan.

Para pegawai dengan bersungguh-sungguh cuba menjelaskan kedudukan sebenar kepada rakyat negara itu.

Pada 14 April, pemimpin Jordan mengesahkan bahawa pihaknya telah melakukan pemintasan “demi melindungi rakyat dan kawasan kediaman”.

Perdana Menteri Jordan, Encik Bisher al-Khasawneh, bercakap semasa mesyuarat Kabinet, memberi amaran terhadap “penyebaran khabar angin atau berita mengelirukan yang boleh mencetuskan kebimbangan dan ketakutan”.

Tetapi langkah itu tidak banyak membantu meredakan kebimbangan dalam kalangan kebanyakan orang, yang khuatir timbulnya masalah pada masa akan datang.

Selepas Teheran menyelesaikan serangannya terhadap Israel, ia akan mengalihkan tumpuannya ke Jordan pula.

“Pasukan tentera (Iran) kita memantau dengan teliti pergerakan Jordan semasa serangan untuk menghukum rejim Zionis (Israel) itu.

“Jika mereka ikut campur tangan, mereka akan menjadi sasaran seterusnya,” kata sumber yang tidak dikenali dalam angkatan tentera Republik Islam Iran memberitahu agensi berita separuh rasmi, Fars.


Selang beberapa jam kemudian, Jordan memanggil Duta Iran di Amman untuk membantah apa yang dikatakannya sebagai “maklumat yang merugikan”.

Menteri Luar Jordan, Encik Ayman Safadi, pada 15 April berkata bahawa Amman akan “membalas” terhadap Iran jika “penyesalan” itu berterusan, sambil menambah bahawa negaranya menghadapi ancaman berpanjangan daripada kumpulan yang disokong Iran yang dituduh menyeludup dadah dan senjata.

Bukan rahsia lagi hubungan Jordan dengan Israel di bawah pimpinan Perdana Menteri Israel, Encik Benjamin Netanyahu, telah tegang selama bertahun-tahun. Ia kini mungkin berada pada tahap terendah dalam beberapa dekad.

Kekecewaan itu didedahkan oleh Menteri Luar Jordan, Encik Ayman Safadi, yang menolak perpecahan hubungan, tetapi berkata perjanjian damai Jordan-Israel kini merupakan “dokumen pengumpul debu”.

Sedang Israel menimbangkan bagaimana untuk bertindak balas terhadap serangan Iran, rantau itu seolah-olah berada “di atas mata pisau” dengan ancaman perang habis-habisan di Timur Tengah.

Dan pertaruhannya tidak mungkin lebih tinggi untuk Jordan, sekutu utama Barat yang membanggakan dirinya sebagai asas kestabilan di rantau yang bergolak. – Agensi berita.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >