Premium
AS, Perancis dakwa rejim Assad gugat rundingan damai
Pertemuan di Geneva kini ditangguh hingga 25 Februari
Feb 5, 2016 | 5:30 AM
SELAMATKAN DIRI: Rakyat Syria yang melarikan diri daripada tentera propemerintah Syria melintas masuk ke Turkey di kawasan sempadan Khirbet Al-Joz selepas diberi kebenaran oleh pemerintah negara itu. - Foto REUTERS -
GENEVA: Amerika Syarikat dan Perancis menuduh rejim Presiden Bashar al-Assad menggugat rundingan bagi menamatkan perang saudara di Syria, yang ditangguh beberapa jam sebelum penyumbang dijangka bertemu untuk mengumpulkan dana bantuan bagi negara yang bergolak itu.
Rundingan disifatkan sebagai usaha terpenting setakat ini untuk menamatkan krisis berdarah yang sudah berlangsung selama lima tahun di Syria, yang meragut lebih 260,000 nyawa dan memaksa separuh daripada penduduk meninggalkan kediaman masing-masing.

