Perancis kritik Australia, AS atas perjanjian kapal selam, Berita Dunia - BeritaHarian.sg
Subuh
5:29
Syuruk
6:52
Zuhur
12:55
Asar
4:18
Maghrib
6:55
Isyak
8:09
Suatu Ketika di Singapura
Teka Kata
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Markah anda: Bagus! Markah anda: Hebat! Markah anda: Out Of 3
Dunia0

Perancis kritik Australia, AS atas perjanjian kapal selam

Sep 18, 2021 | 05:30 AM

PARIS: Perancis menuduh Australia 'menikam di belakang' sementara Amerika Syarikat bertindak seperti semasa era Donald Trump, setelah Canberra membatalkan perjanjian kapal selam yang besar dengan Paris untuk mendapatkan kapal selam nuklear buatan Amerika.

"Ini benar-benar satu tikaman di belakang. Kami telah menjalin hubungan kepercayaan dengan Australia, namun kepercayaan ini telah dikhianati," kata Menteri Luar Jean-Yves Le Drian kepada radio France Info.

"Saya sangat marah hari ini, dan kecewa... ini bukan sesuatu yang dilakukan pihak sekutu sesama mereka," katanya sambil menyatakan bahawa Australia sekarang harus menjelaskan bagaimana ia akan keluar daripada kontrak dengan Paris.

Encik Le Drian juga berkata tingkah laku pentadbiran Presiden Joe Biden mengingatkan beliau tentang pendahulunya Trump, yang membuat Eropah selalu marah dengan keputusan yang tidak dapat diramalkan.

"Keputusan sepihak, tiba-tiba dan tidak dapat diramalkan ini mengingatkan apa yang dilakukan oleh Trump," tambah Encik Le Drian, menggambarkan apa yang telah berlaku sebagai "tidak dapat diterima" dan "tidak dapat difahami".

Halal Home Based Business
Uncle Big's Kitchen

Shellout Platter Besar...dan banyak lagi!

Lauk Malam Raya by ZaraRasya

Yang pasti puas hati! FREE DELIVERY & 1.5l bottled...

SpicyLoverKitchen

Lemang Set dengan Rendang & Serunding!

Do you own a Halal Home-based Business in Singapore? List your products on Berita Harian

Rumah Putih berkata pegawai Amerika telah mengadakan perbincangan peringkat tinggi dengan Paris sebelum mengumumkan kontrak baru dengan Australia, tetapi jurucakap kedutaan Perancis di Washington mengatakan tidak ada perundingan mengenai perjanjian itu.

"Kami tidak diberitahu sebelum berita mengenai perjanjian ini diumumkan di akhbar Amerika dan Australia, beberapa jam sebelum pengumuman rasmi Joe Biden," katanya.

Kumpulan Angkatan Laut Perancis, yang sebahagiannya dimiliki negara itu, telah dipilih untuk membangunkan 12 kapal selam bertenaga konvensional buat Australia, berdasarkan kapal selam nuklear jenis Barracuda.

Kontrak itu bernilai sekitar A$50 bilion ($49 bilion) ketika diumumkan pada 2016.

Namun Encik Biden dan perdana menteri Australia dan Britain pada Rabu lalu mengumumkan perjanjian pertahanan baru yang akan menyaksikan Canberra mendapat armada kapal selam berkuasa nuklear, hak istimewa yang disediakan buat beberapa sekutu AS. - AFP.


"Ini benar-benar satu tikaman di belakang. Kami telah menjalin hubungan kepercayaan dengan Australia, namun kepercayaan ini telah dikhianati.
Saya sangat marah hari ini, dan kecewa... ini bukan sesuatu yang dilakukan pihak sekutu sesama mereka.
Keputusan sepihak, tiba-tiba dan tidak dapat diramalkan ini mengingatkan apa yang dilakukan oleh Trump."

- Menteri Luar Perancis, Encik Jean-Yves Le Drian.

Video Baru

Podcast Baru

Teka Kata

=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Try the new Halal Food Map