Premium
Perancis lancar pelan sokongan 15 bilion euro
Syarikat penerbangan antarabangsa diramalkan akan kerugian lebih AS$84 bilion ($116 bilion) tahun ini akibat koronavirus Covid-19 yang telah menjejas teruk perjalanan udara, menurut Penguasa Pengangkutan Udara Antarabangsa (Iata) awal minggu ini. BERITA HARIAN mengupas kesannya kepada syarikat penerbangan di rantau ini, serta pekerja dalam sektor tersebut.
Jun 12, 2020 | 5:30 AM
BANTUAN: Perancis lancar pelan sokongan 15 bilion euro bagi industri aeroangkasanya. Pelan itu yang merangkumi bantuan 7 bilion euro yang sudah pun diberikan kepada syarikat penerangan Air France. - Foto AFP -
PARIS: Perancis melancarkan pelan sokongan 15 bilion euro ($23.7 bilion) bagi industri aeroangkasanya kelmarin, mempercepatkan kajian mengenai pesawat hijau dan memberi amaran bahawa 100,000 pekerjaan boleh hilang disebabkan krisis koronavirus.
Pelan itu - yang merangkumi bantuan 7 bilion euro yang sudah pun diberikan kepada syarikat penerbangan Air France dan membawa ke hadapan sebahagian perbelanjaan pertahanan - melibatkan usaha sama oleh pemerintah dan industri untuk mengekalkan pekerjaan dan mempersiapkan generasi jet sivil yang seterusnya.

