Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Perancis perketat langkah kekang flu burung di barat daya selepas penularan baru

May 13, 2023 | 02:20 PM



PARIS: Perancis telah mengukuhkan langkah sanitari bagi mengekang gelombang kes flu burung di ladang-ladang itiknya di barat daya negara itu, di mana penularannya sebelum ini mula sepi, menurut kementerian pertanian Perancis pada Jumaat.



Perancis merupakan antara negara yang paling teruk terjejas dengan kes influenza avian yang merebak – juga dikekali sebagai flu burung – di serata dunia sepanjang tahun lalu.



Penyakit itu telah meengorbankan jutaan burung, menjejas bekalan daging ayam dan itik serta telur.



Ini mendorong beberapa negara termasuk Perancis untuk merancang kempen vaksinasinya bagi ternakan di ladang.



Sejak 4 Mei, sebanyak 21 kes penularan flu burung patogenik telah dikesan di barat daya Perancis, kebanyakannya melibatkan itik, kata kementerian pertanian itu dalam satu kenyataan.



Hingga minggu lalu, Perancis tidak mengalami sebarang penularan sejak 14 Mac, sehinggakan pihak berkuasa mengurangkan tahap berjaga-jaganya di serata negara daripada tinggi kepada sederhana, kata kementerian itu.



Di barat daya negara itu, ternakan di tempat-tempat berdekatan ladang yang terjejas akan dihapuskan bagi mengurangkan risiko penyebaran, sedangkan zon-zon penampan  sanitari yang diluaskan sehingga 20 kilometer telah juga diperkenalkan di sekitar lokasi penularan, katanya.



Kawasan barat daya mempunyai sektor pembiakan itik yang besar bagi penghasilan sejenis hidangan yang diberi nama foie gras pate.



Wilayah tersebut terjejas teruk akibat gelombang flu burung namun pihak kementerian berkata ia kurang terjejas semasa musim sejuk kali ini selepas langkah mengurangkan bilangan itik.



Kes-kes terkini membuktikan akan pentingnya ternakan divaksinasi, kata kementerina itu.



Bulan lalu Perancis telah melancarkan satu tender untuk mendapatkan 80 juta dos untuk disediakan bagi memulakan satu program vaksinasi semasa musim luruh. – Reuters.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >