Topik diikuti
Pergi ke BHkuPerancis rampas pasport untuk cegah individu ke Syria

Feb 25, 2015 | 5:30 AM
Perancis rampas pasport untuk cegah individu ke Syria
PARIS: Pihak berkuasa Perancis mula menggunakan kuasa mencegah keganasan yang baru bagi mencegah golongan muda yang bercadang ke Syria dengan merampas pasport enam individu yang disyaki cuba melibatkan diri dengan kegiatan pengganasan.
Tindakan itu diambil sedang Presiden Perancis, Encik Francois Hollande, berikrar memperkenalkan undang-undang lebih tegas terhadap mereka yang menyuarakan kenyataan "berbaur perkauman, anti-Semitik atau homofobia".